- Jualan motosikal telah meningkat sebanyak 7.2% di Eropah, di mana 49% daripadanya adalah bagi motosikal elektrik.
- Kebanyakan pengeluar telah mula memperagakan keluaran serta tawaran mereka di pertunjukan motosikal Intermot 2018.
- Pengeluar motosikal elektrik terkemuka, Energica, telah melancarkan sebuah model motosikal lumba elektrik yang baharu.
Jualan motosikal telah meningkat sebanyak 7.2% di Eropah, di mana 49% daripadanya adalah bagi motosikal elektrik.
Daripada jumlah 49% itu, dua daripada tiga kenderaan dua roda elektrik tersebut adalah skuter serta moped elektrik bantuan kayuh. Motosikal elektrik pula mewakili satu per empat daripada jumlah ini tetapi trendnya sedang menunjukkan peningkatan.
Kepesatan ini cukup ketara sekali, dan para pengeluar telah mula memperagakan pelbagai motosikal elektrik di pertunjukan motosikal, termasuklah di pertunjukan motosikal Intermot 2018, yang telah berlangsung baru-baru ini di Cologne, Jerman. Setiap motosikal elektrik yang diperagakan tidak nampak canggung di segmen masing-masing.
Pengeluar motosikal elektrik yang paling dikenali pada waktu ini sudah semestinya Energica, di mana mereka akan membekalkan 18 buah jentera perlumbaan Ego Corsa bagi siri perlumbaan MotoE World Cup 2019. Siri perlumbaan ini akan berlangsung di pusingan MotoGP yang terpilih. Sepang International Circuit (SIC) juga akan turut mengambil bahagian dengan membariskan pasukan mereka sendiri.
Energica Diumumkan Sebagai Pembekal Motosikal Rasmi Untuk Moto-e World Cup 2019!
Motosikal Energica Ego Corsa telah dipamerkan pada pertunjukan motosikal Intermot 2018, yang mana merupakan kunjungan pertama pengeluar dari Itali tersebut.
Model Ego Corsa dijana oleh motor sejukan minyak segerak, membekalkan kuasa berterusan sebanyak 160.8hp (120kW) dan tork sebanyak 200Nm. Kuasa kuda sehebat ini mampu menggerakkan motosikal itu dari 0 hingga 100km/j dalam masa kurang daripada 2.8 saat, kelajuan kemuncak 270km/j. Ia tidak mempunyai transmisi atau klac, di mana kawalan kuasanya dikawal oleh sistem ‘Ride-by-Wire”.
Energica turut memperkenalkan versi berwarna hitam digelar Ego Sport Black di pertunjukan motosikal berkenaan.
Jad, persoalannya di sini; Bilakah agaknya kerajaan kita akan mula bertindak serius dalam menggalakkan penggunaan teknologi hijau? Kebanyakan negara di seluruh dunia, termasuklah dari negara yang ketinggalan dari segi pembangunan berbanding Malaysia, akan memiliki infrastrukturnya dalam masa dekad yang akan datang. Kita mesti berusaha dengan lebih keras bagi memastikan yang kita tidak ketinggalan penerapan teknologi hijau bagi kehidupan seharian.