Kawasaki Ninja ZX-6R 2019 Dilancarkan di AIMExpo

  • Model Kawasaki Ninja ZX-6R 2019 telah pun dilancarkan.
  • Ia bercirikan rupa paras yang baharu beserta komponen yang dirombak semula.
  • Ia masih menggunakan enjin 636cc namun telah ditala untuk mematuhi piawaian Euro4.

Motosikal Kawasaki Ninja ZX-6R 2019 yang baharu telah pun dilancarkan di acara AIMExpo di Las Vegas setelah bertahun lamanya khabar angin tentang kemunculannya telah tersebar.

Model baharu ini tampil dengan penggayaan yang diubah bagi kelihatan lebih kemas dan agresif (mengikut kata Kawasaki), selain daripada penambahan baharu pada lembaran spesifikasinya seperti pencahayaan LED dan bermacam-macam lagi.

Ciri-ciri tarikannya adalah:

  • Kawasaki Quick Shifter (KQS) dilengkapkan sebagai standard, hanya untuk menukar ke gear yang lebih tinggi.
  • Penggayaan baharu dengan lampu hadapan berganda dan lampu belakang LED.
  • Instrumentasi “gred tinggi” walaupun reka bentuknya mirip dengan ke semua motosikal Kawasaki baharu, termasuklah model Versys-X.
  • Penalaan enjin yang mematuhi piawaian emisi Euro4.
  • Nisbah gear dioptimumkan untuk mempertingkatkan kuasa tahap rendah.

ENJIN

Enjin bagi model Kawasaki Ninja ZX-6R 2019 masih lagi menggunakan enjin yang sama; enjin ‘inline-Four’, DOHC, sejukan cecair, 636cc. Bagaimana pun, ia kini telah ditala semula bagi mematuhi peraturan emisi Euro4, “tanpa mengkompromikan prestasi enjin”. Jumlah hasil keluaran kuasa dan torknya bagaimana pun masih belum didedahkan.

Penyuntik bahanapinya telah dirombak semula untuk prestasi tahap pertengahan. Corong masukan nombor satu dan empatnya lebih pendek manakala bagi nombor dua dan tiga, lebih panjang.

Skirt omboh disaluti dengan molbydenum bagi mengurangkan geseran. Terdapat laluan penyambung antara silindernya bagi mengurangkan kehilangan pengepaman.

Akhir sekali, gas terbakar keluar melalui sistem ekzos yang direka semula, yang mana sekali lagi ditala untuk tork tahap rendah dan pertengahan.

TRANSMISI

Bercirikan kotak gear ala kaset untuk penukaran gear yang mudah. KQS dilengkapkan sebagai standard, walaupun ianya hanya untuk pertukaran ke gear yang lebih tinggi.

KLAC BANTU DAN GELINCIR

Fungsi bantunya memampatkan plet-plet klac bersama sewaktu pemecutan, menghasilkan tarikan yang lebih ringan pada tuilnya. Fungsi gelincir mengurangkan ‘back-torque’, dan menghindarkan lantunan roda belakang sewaktu penyahpecutan.

CASIS

Kawasaki Ninja ZX-6R 2019 ini menggunakan kerangka perimeter aluminium yang ditekan menggunakan mesin. Pengeluarnya mendakwa bahawa ianya pipih dan padat.

Motosikal ini kini menggunakan fork Showa SFF-BP (Separate Function Forks – Big Piston) yang menggabungkan ciri fork SFF dan BPF.

Penyerap hentakan belakang Showa itu boleh dilaras sepenuhnya.

KAWALAN CENGKAMAN DAN MOD KUASA

Kawalan cengkaman KTRC didatangkan dengan 2 mod, ABS adalah standard, dan mod kuasanya adalah “FULL” atau “LOW”.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]