BMW F 850 GS 2018 Diperkenalkan Di BMW Motorrad Nightfuel Johor Bahru

  • BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan model BMW F 580 GS.
  • Ia telah diperkenalkan di acara BMW Motorrad Nightfuel di Johor Bahru.
  • Harganya masih belum diumumkan, namun, ianya akan mula disediakan dari bulan November 2018.

Motosikal kembara segmen pertengahan yang telah dinanti-natikan, BMW F 850 GS 2018, telah pun diperkenalkan di acara BMW Motorrad Nightfuel di Johor Bahru.

Model F 850 GS ini adalah sebuah motosikal serba baharu dan kini bercirikan rupa paras yang tersendiri selain daripada pelbagai kelengkapan yang terbaru, sebagai senjata BMW dalam perang motosikal kembara tahap pertengahan.

Harganya masih belum didedahkan buat masa ini dan ianya akan mula disediakan dari bulan November 2018 yang akan datang.

Falsafah model F 850 GS

Diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 2007, versi GS bagi rangkaian F ini mengikut formula yang telah ditetapkan oleh pendahulunya, model R80G/S. Motosikal R80G/S inilah yang dengan sendirinya telah memulakan segmen adventure-touring. “Gelande Strasse” adalah perkataan dalam bahasa Jerman yang membawa maksud “offroad/road”.

Berbanding dengan model R 1200 GS, model GS rangkaian F merupakan motosikal yang lebih ringkas, lebih ringan, serta lebih mudah untuk dimiliki dan digunakan buat orang ramai.

Penggayaan

Pendahulu motosikal F 850 GS mungkin tampak mirip seperti motosikal R 1200 GS dari pelbagai segi, namun kini ia tampak lebih tersendiri dan pada masa yang sama, masih mempunyai persamaan dengan saudaranya yang lebih besar.

Sebagai contoh, motosikal baharu ini dilengkapi dengan lampu hadapan asimetrikal yang baharu, dan “flyline” GS yang melambangkannya sebagai ahli keluarga GS. Ia juga telah didatangkan dengan ‘paruh’ baharu di hadapan lampu hadapannya.

Bucu-bucu di sekitar tangki bahanapi dan pelananya telah dihapuskan bagi penunggangan tanah merah yang lebih baik. Penghadang anginnya boleh ditukar untuk penunggangan jalan raya mahu pun ‘off-road’.

Kesimpulannya, motosikal F 850 GS 2018 ini tampak lebih kemas dari sebelum ini.

Enjin

Enjinnya telah dirombak semula untuk peningkatan prestasi di samping mengoptimumkan kecekapan bahanapi.

Di mana ia masih menggunakan enjin ‘parallel-Twin’ (memberikannya lebih kemampatan), ia kini berkapasiti 853cc dengan aci engkol 270º bagi meniru senggang masa pembakaran sebuah enjin “V-Twin” 90º untuk perwatakan tork yang lancar dan optimum. Aturan pembakaran baharu juga menghasilkan nota bunyi ekzos yang menderam. Gegaran enjin telah diredakan oleh dua aci pengimbang.

Kuasa maksimumnya telah dipertingkatkan kepada 95hp (75kW) pada 8,250rpm dan 92Nm tork pada 6,250rpm. Terdapat tebaran sebanyak 2,000rpm antara tork maksimum dan kuasa maksimum, melambangkan sebuah enjin yang lentur.

Sebuah klac gelincir telah dilengkapkan kepada motosikal baharu ini manakala pacuan akhirnya telah dipindahkan ke sebelah kiri.

Kerangka dan casis

Kerangka “bridge” telah dihasilkan daripada komponen yang telah dikimpal dan dibentuk secara “deep-draw”. Enjinnya dipaut sebagai elemen yang ‘stressed’. Tangki bahanapi telah dialih ke posisi yang lebih biasa, berbanding di bawah pelana pada model sebelum ini. Ianya bagi mengoptimakan pemusatan jisim.

Suspensi bahagian hadapan ditangani oleh fork terbalik nwq dengan penyerap hentakan monoshock baharu bagi bahagian belakangnya.

Perubahan terbesar bagi bahagian tayar F 850 GS ini adalah roda jejari melintang baharu yang membolehkannya menggunakan tayar jenis tanpa tiub.

Ergonomik

Ciri ergonomik telah direka bagi disuaikan dengan rangkaian luas penunggang. BMW telah menjadikan ketinggian pelananya lebih rendah, dan pada masa yang sama, masih mengekalkan kelegaan tanah yang tinggi. Segitiga penunggang – yang berkaitan dengan palang pemegang, pelana dan tempat letak kaki – telah dirombak semula.

Elektronik

Mod penunggangan “Road” dan “Rain” datang sebagai standard. Bagaimana pun, para pemilik boleh memilih untuk menambah pilihan Pro yang menambah mod penunggangan kepada “Dynamic”, “Enduro”, dan “Enduro Pro” Selain itu, ABS dan ASC (Automatic Stability Control) memberikannya tahap keselamatan yang lebih hebat.

Ia juga dilengkapi dengan skrin TFT baharu.

Aksesori dan kelengkapan tambahan

BMW menawarkan rangkaian luas aksesori pilihan tambahan “Original BMW Motorrad” untuk F 850 GS.

Pemilik boleh memilih pakej pilihan tambahan seperti Comfort, Touring, Dynamic, Lights, mengikut keperluan atau citarasa masing-masing.

 

BMW menawarkan motosikal F 850 GS 2018 dalam tiga kemasan warna; Exclusive, Rallye, dan Racing.

GALERI GAMBAR

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]