Pemilik Kawasaki Versys-X 250 Ke Selatan Thailand

  • Lapan orang ahli kelab komuniti motosikal “Kawasaki Versys-X 250 Community” (VEXCOM) telah memulakan perjalanan menuju ke Selatan Thailand.
  • Perjalanan ini telah dianjurkan bagi mempamerkan kebolehan ‘off-road’ motosikal tahap permulaan Kawasaki tersebut.
  • Perjalanan satu minggu itu juga bertujuan untuk menarik minat lebih ramai penunggang, penggemar, dan juga orang ramai untuk memiliki jentera mereka sendiri dan menyertai keluarga VEXCOM.

Sejumlah lapan orang pemilik motosikal Kawasaki Versys-X 250 yang berani dan yang gemar akan cabaran kini sedang dalam satu pengembaraan epik menuju ke Selatan Thailand. Diberi nama “VEXCOM Road to Southern Thailand”, ahli kumpulan Versys-X Community (VEXCOM) telah bertolak dari ibu pejabat Kawasaki Motors Malaysia semalam yang terletak di Glenmarie, Shah Alam.

Dengan sokongan KMSB, mereka mempunyai beberapa buah objektif yang ingin dilaksanakan, antaranya memperagakan kebolehan fizikal jentera Kawasaki Versys-X 250 dalam penunggangan jarak jauh dan juga secara tidak langsung, mempromosikan kebolehan sebenar motosikal kembara tahap permulaan 250cc Kawasaki berkenaan. Selain itu, mereka juga berharap yang lebih banyak penunggang dan peminat akan tertarik untuk memiliki motosikal ini serta menyertai kumpulan mereka yang senantiasa berkembang itu.

Tepat jam 9 malam semalam, mereka telah dilepaskan oleh Pengerusi Eksekutif KMSB, Encik Ahmad Faez Yahaya. Bersama dengan keseluruhan ahli kumpulan VEXCOM yang hadir bagi menunjukkan sokongan buat para peserta perjalanan ini, lapan orang pemilik motosikal Versys-X 250 ini merancang untuk menuju ke Krabi, Hatyai, dan Betong sebelum kembali ke Kuala Lumpur dalam masa seminggu.

Kami ucapkan selamat maju jaya dalam usaha mereka dan berharap yang perjalanan mereka ini diisi dengan rasa takjub dan keseronokan. “Ride safe, ride hard, and ride on!” Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal Kawasaki Versys-X 250 ini, sila tekan pautan yang ada di bawah.

Sebab-Sebab Utama Mengapa Kami Amat Menyukai Kawasaki Versys-X 250

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]