Honda Malaysia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam peningkatan latihan teknikal

Honda Malaysia baru sahaja menandatangani sijil kerjasama (C0C) dengan Jabatan Politeknik dan Pendidikan Kolej Komuniti bersama Kementerian Pendidikan dalam menggabungkan modul latihan Honda dalam program latihan automotif.

Sijil kerjasama ini telah mengenalpasti Honda Malaysia sebagai sebuah langkah bekerjasama dengan kolej dan politeknik yang strategik bagi dalam melengkapkan pelajar-pelajar dengan unsur teknikal industry dan juga kemahiran lembut (soft skills). Kolaborasi bersama 17 kolej komuniti dari sembilan negeri sebagai permulaan akan menyokong dan menguatkan lagi fokus kerajaan dalam pembangunan Pendidikan dan Latihan Vokasional Teknikal (TVET) di dalam negara.

Menurut Encik Toichi Ishiyama, Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, mereka telah merekod peningkatan jualan sebanyak 112% dalam tempoh 5 tahun dan juga kemasukan servis sebanyak 51% pada waktu yang sama. Jumlah pengedar rasmi di seluruh negara juga telah meningkat sehingga 97 cawangan untuk memenuhi keperluan semua pelanggan. Initiatif ini adalah untuk melahirkan lebih banyak juruteknik yang layak dan juga berpengalaman untuk melayan semua kehendak pelanggan dalam semua khidmat selepas jualan.

Dengan ini, Honda Malaysia akan menggabungkan modul-modul penting seperti Juruteknik Penyenggaraan dan Pembaikan yang berasaskan latihan dalam Honda global kepada kursus-kursus automotif yang terpilih.para pelajar akan menerima latihan komprehensif termasuk latihan industri selama 6 bulan di cawangan Honda di seluruh negara.

Pelajar-pelajar yang melalui program ini akan mempunyai peluang pekerjaan yang lebih bagus dan tinggi lebih-lebih lagi dalam mebina sebuah kerjaya bersama mereka. Kolaborasi ini juga akan membuka peluang kepada mereka yang berminat dalam menyertai pasukan juruteknik bersama Honda Malaysia.

10 kereta Honda paling ikonik dalam sejarah

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]