Jerangkap Samar Di Laluan Motosikal Hampir Memenggal Kepala Penunggang

  • Encik Afiq Izwan telah memuat naik status ke akaun Facebooknya bahawa dia telah menjadi mangsa sebuah jerangkap samar di laluan motosikal.
  • Seutas tali pancing telah dipasang merentasi laluan motosikal, mencederakan lehernya dan merosakkan helmetnya.
  • Lokasi kejadian ini adalah berhampiran dengan susur keluar Lebuhraya DUKE ke Taman Rowther dan Taman Koperasi Polis 1, Gombak.

Kami baharu sahaja ingin menulis satu artikel hujah balas berkenaan ‘laporan’ atas talian akhbar The Star yang merungut tentang motosikal ‘mencerobohi’ laluan utama Lebuhraya Persekutuan, namun, telah timbul satu muatan status seorang penunggang motosikal di laman Facebook miliknya yang menjadi tular apabila dia melaporkan bahawa dia telah menjadi mangsa sebuah jerangkap samar yang dipasang merentasi laluan motosikal, yang hampir memenggal kepalanya.

Encik Afiq Izwan, seorang pelajar universiti, memuat naik status mengenai insiden yang terjadi sekitar jam 6.30 petang, hari Isnin (17 September). Lehernya dan helmetnya dikatakan telah terkena dengan jerat tali pancing yang dipasang merentasi susur keluar Lebuhraya Duke ke Taman Rowther dan Taman Koperasi Polis 1 di Gombak.

“Ini bukan cerita mitos tapi terjadi dekat diri sendiri,” ujarnya dalam status berkenaan. “Ada manusia yang tak berhati perut telah memasang jerat dekat selekoh. Bagi orang yang taktahu, ni adalah tali mancing yang permukaan dia sangat kasar. Pedih wehh!”

Dia telah mengutarakan kebimbangan yang dihadapi oleh ramai penunggang motosikal di sekitar Lembah Klang, seperti mana yang telah terjadi kepada seorang penunggang motosikal yang lain, yang turut menjadi mangsa perangkap sebegini di atas laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan pada tahun lalu. Terdapat juga laporan mengenai rompakan bersenjata pada waktu malam.

Encik Afiq juga telah memuat naik gambar keadaan lehernya selepas kejadian tersebut. Dia mendakwa yang helmetnya (berdasarkan gambar, tali keledarnya) juga mengalami kerosakan.

“Okay cuba bayangkan kalau ada orang yang tak pakai helmet tambah pulak bawak laju. Tak terkehel ke leher dia?” ujarnya lagi.

“Peringatan pada semua orang penduduk gombak untuk hati hati bila lalu kawasan ni terutama bila malam”

Dia telah membuat laporan polis mengenai insiden ini.

Sumber: Laman Facebook Encik Afiq Izwan

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]