BMW Motorrad Dengan Secara Rasminya Perkenalkan Enjin Boxer 1250cc Baharu

  • BMW Motorrad akhirnya telah memperkenalkan model R 1250 GS dan R 1250 RT baharu yang hadir dengan enjin Boxer yang baharu.
  • Enjin 1,254cc yang baharu ini adalah versi Boxer 4-injap yang kelima.
  • Ia tampil dengan peningkatan kuasa dan tork sehingga 14%, beserta pengurangan penggunaan bahanapi sebanyak 4%.

Ianya bukan lagi satu rahsia bahawa BMW Motorrad sedang membangunkan enjin Boxer 1,250cc dan model RT yang baharu, sejurus sahaja mereka memulakan projek tersebut. Dan oleh kerana itulah BMW telah memutuskan untuk mendedahkan spesifikasi serta ciri-ciri model R 1250 GS dan R 1250 RT 2019 sebelum pelancarannya di acara Intermot nanti.

Untuk makluman anda, pengeluar dari Jerman itu berpegang teguh pada tradisi mereka melancarkan kedua-dua buah model GS dan RT baharu secara serentak.

Kami telah meliputi hampir keseluruhan teknologi yang ada pada enjin Boxer 1254cc dengan pemasaan injap boleh ubah ‘Shift Cam’ yang baharu ini, dan untuk kali ada, ada sedikit maklumat baharu mengenai enjin yang baharu ini berikutan pendedahan lembaran spesifikasi penuhnya itu.

BMW 1250 Boxer dengan Shift Cam

Sebelum ini kami telah mempamerkan ilustrasi cara kerja teknologi ‘Shift Cam’ yang baharu, yang mana anda boleh baca dan tonton videonya semula dengan menekan pautan di bawah.

Enjin Boxer BMW R 1250 GS Dengan Teknologi “Shift Cam” Ditunjukkan

  • Enjin Boxer yang baharu ini menghasilkan sehingga 136hp (100kW) pada 7,750rpm, dan 143Nm tork pada tahap 6,250rpm, peningkatan sebanyak 14%.
  • Jika dibandingkan, enjin 1,174cc semasa mampu menghasilkan 125hp (92kW) dan 125Nm tork dengan jumlah rpm yang sama. (Sila rujuk carta ujian dyno di bawah, sumber mcnew.com.au)

  • Merujuk pada rajah, kuasa kudanya sama linear seperti sebelumnya, namun, peningkatan terbesar adalah bagi torknya, iaitu dari 5,000rpm ke atas.
  • Ada 110Nm (77% dari jumlah maksimum) yang boleh didapati dari 2,000rpm, meningkat melebihi 120Nm (84%) pada tahap 3,000rpm.

  • Ini bermakna yang ianya ada daya pemecutan pada bila-bila masa sahaja penunggang memulas pendikitnya.
  • Enjin baharu ini mempunyai tahap kecekapan bahanapi sehingga 4% lebih baik, dengan hanya penambahan berat sebanyak 5kg sahaja.

  • Dilengkapi dengan ECU BMS-O baharu, klac gelingcir yang datang sebagai standard, dan sistem penyejukan dan pelinciran yang ditambah baik, rantai pemasaan (HyVo) yang bergegancu lebih senyap, serta dua pengesan ‘knock’.
  • Transmisinya juga telah diperhalusi talaannya.

Setakat ini sahaja buat masa ini. Teruskan bersama kami MotoMalaya, di mana kami akan melihat dengan lebih teliti kedua-dua model terbaru ini dalam masa yang terdekat.

Sumber imej: BMW Motorrad

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]