-
Juruteknik Khairil Anuar Abd Rasol muncul sebagai pemenang hadiah utama Ducati Monster 797 dari Shell Advance.
-
Peraduan Beli & Menang Shell Advance telah dijalankan dari April hingga Mei lepas.
-
Peraduan ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang memilih Shell Advance bagi perlindungan lengkap enjin motosikal mereka.
Dari April hingga Mei 2018 lepas, Shell Advance telah menjalankan sebuah peraduan di mana mereka yang telah membeli minyak pelincir dari mereka berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu sebuah Ducati Monster 797. Peraduan Beli & Menang Shell Advance telah menerima banyak penyertaan dan Khairil Anuar Abd Rasol, seorang juruteknik berumur 35 tahun telah berjaya dan kini seorang pemilik Ducati Monster 797 baharu!
Menurut kepada Encik Khairil, “Ganjaran ini hasil disiplin saya. Saya sememangnya sentiasa menggunakan minyak sintetik sepenuhnya Shell Advance Ultra kerana ia memberikan kilometer yang lebih jauh tanpa sebarang impak kepada prestasi dan menjadikan motosikal saya lebih ringan dan lebih berkuasa. Saya amat terkejut apabila menerima panggilan yang memaklumkan berita baik ini. Saya sangat teruja kerana langsung tidak menyangka untuk memenangi Ducati Monster ini.”
Dengan hanya perbelanjaan serendah RM25 untuk mana-mana minyak enjin atau minyak gear Shell Advance 4T dari rangkaian runcit Shell Advance yang sah, Shell Advance telah memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan setia mereka yang selama ini telah meletakkan kepercayaan tinggi atas produk-produk keluaran Shell Advance.
Ducati dan Shell Advance juga mempunyai jalinan dalam sebuah Perkongsian Teknikal di mana kesemua model Ducati baharu akan menggunakan minyak pelincir Shell Advance dan sebagai pulangan, Ducati membolehkan perkembangan produk Shell Advance yang diuji dalam banyak persekitaran lebih-lebih lagi dengan produk terunggul mereka iaitu Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus.
Ducati bukan sahaja menggunakan produk Shell di litar perlumbaan, tetapi juga memilih Shell Advance dan Shell V-Power sebagai bahan api utama untuk setiap motosikal Ducati yang muncul dari kilangnya di Bologna, Itali.
Untuk maklumat lanjut, layari www.shell.com.my/Advance atau kunjungi pusingan Shell Malaysia MotoGP 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 2 hingga 4 November 2018. Pelbagai tawaran dan hadiah menarik menanti anda di sana!