Rangkaian Indian Motorcycles Big Twin 2019 Diperkemaskini Dengan Teknologi Canggih

  • Rangkaian motosikal Indian Big Twin akan diperkemaskini dengan pelbagai ciri teknologi yang canggih.
  • Ke semua motosikal dengan enjin Thunderstroke akan dilengkapkan dengan penyahaktifan silinder belakang.
  • Ia juga buat kali pertama akan dilengkapi dengan mod kuasa enjin.

Sewaktu Polaris menghidupkan semula Indian Motorcycles dan memulakan jenama Victory yang kini tidak berfungsi lagi, mereka ingin menghasilkan sebuah motosikal cruiser yang moden dan pada masa yang sama,masih lagi mengekalkan warisan dan perwatakannya. Kini, rangkaian Big Twin 2019 mereka sudah pasti akan tampil dengan teknologi yang canggih.

Berita paling menarik adalah mengenai enjin Thunderstroke yang digunakan dalam motosikal Roadmaster, Springfield, dan Chief, yang mana ianya akan dilengkapi dengan ciri penyahaktifan silinder belakang. Sistem ini akan mematikan silinder belakang apabila habanya mulai meningkat sewaktu dalam keadaan melahu, memberikan keselesaan buat penunggang. Kedua-dua silinder akan diaktifkan semula sebaik sahaja penunggang memulas pendikit, bagi mulaan yang lancar dan pantas.

Ini mungkin sekali kali pertama teknologi sebegini digunapakai dalam motosikal, di mana sebelum ini ianya telah digunapakai dalam kereta mewah sejak berdekad lamanya. Pengeluar kereta telah menggunakan ciri ini untuk kecekapan bahanapi terutamanya pada enjin berkapasiti besar seperti V6 dan V8, di mana sebaris silinder akan dimatikan ketika dalam keadaan melahu atau pada kelajuan bersiat yang sekata.

Bagaimana pun, Indian Motorcycles telah menyatakan bahawa ciri penyahaktifan silinder mereka ini adalah semata-mat bagi mengurangkan pengeluaran haba, dan bukannya untuk meningkatkan kecekapan bahanapi.

Model-model 2019 juga akan diperkemaskini dengan mod kuasa enjin standard, touring, dan sport yang boleh dipilih. Sistem bunyi serta speaker yang dikemaskini juga turut ditambah pada model Roadmaster.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]