- Triumph Motorcycles telah menyempurnakan rombakan akhir enjin Moto2 mereka dan akan memperagakannya sewaktu GP British pada hujung minggu ini.
- Enjin inline-Four 765cc akan dibekalkan kepada pasukan Moto2 bermula musim 2019, menggantikan enjin inline-Four 600cc dari Honda.
- Enjin Triumph tersebut dijangka akan menghasilkan kuasa kuda pada tahap pertengahan dan tinggi yang lebih.
Triumph Motorcycles akan mengadakan satu pusingan perarakan sewaktu GP British di Silverstone pada hujung minggu ini menggunakan motosikal yang dijana oleh enjin Moto2 mereka. Acara ini bagi menandakan ketersediaan enjin Triumph ini, yang mana akan dibekalkan kepada pasukan dalam kelas pertengahan bermula tahun 2019.
Penunggang yang dipilih untuk mengemudi motosikal tersebut ialah Juara World Superbike dua kali, James Toseland. Dia akan menunggang motosikal yang dicat khas dengan tema bendera Union Jack.
Enjin baharu itu telah mendapat sambutan hangat para penunggang Moto2 yang telah mengujinya, atas sebab kebolehannya pada jangkauan pertengahan rpm berbanding enjin inline-Four 600cc Honda yang akan digantikannya. Ia juga dikatakan bercirikan sebuah quickshifter untuk pertukaran ke gear yang lebih tinggi dan rendah, beserta dengan ‘autoblipper’. Selain itu, ECU Magneti Marelli yang canggih akan digunakan bagi meningkatkan keluaran kuasanya melebihi enjin Moto2 yang semasa, dan untuk kali pertamanya, kawalan cengkaman.
Tetapi ingin kami ingatkan walaupun ianya berdasarkan pada enjin tiga selari 765cc motosikal Street Triple RS, hanya enjinnya sahaja akan dibekalkan buat pasukan Moto2 pada tahun hadapan, dan bukannya keseluruhan motosikal yang akan melakukan pusingan perarakan tersebut. Ini kerana Triumph tidak akan menampilkan pasukan Moto2 mereka sendiri. Dan mengikut peraturan Moto2, Triumph akan membekalkan enjinnya manakala pasukan seperti Kalex, Speed Up, KTM, dan lain-lain akan menghasilkan kerangka mereka sendiri bagi merumahkan penjana kuasa tersebut.
Triumph Motorcycles juga turut akan mengadakan aktiviti-aktiviti yang lain seperti lawatan kilang di Hinckley oleh para penunggang Moto2, antaranya Sam Lowes, Danny Kent, dan Luca Marini, di samping penunggang Moto3 John McPhee.
Kami harap yang pusingan perarakan ini akan disiarkan secara langsung di Malaysia pada hujung minggu ini!
Sumber: MCN