Morbidelli Dan Quartararo Sah Akan Menyertai Pasukan SIC-Yamaha-Angel Nieto-MotoGP Team

Franco Morbidelli
  • Barisan penunggang untuk pasukan SIC-Yamaha-Angel Nieto-MotoGP Team bagi musim 2019 telah pun disahkan.
  • Mereka terdiri daripada Juara Dunia Moto2 2017, Franco Morbidelli, dan penunggang Moto2 semasa, Fabio Quartararo.
  • Berita ini telah disahkan oleh Pengarah Urusan Yamaha Factory Racing, Lin Jarvis.

Teka-teki tentang siapakah yang bakal menyertai pasukan SIC Yamaha Angel Nieto MotoGP Team bagi musim 2019 telah pun terjawab, di mana Juara Dunia Moto2 2017, Franco Morbidelli, dan penunggang Moto2 semasa, Fabio Quartararo, telah disahkan bakal menyertai pasukan tersebut.

Fabio Quartararo sewaktu di Catalunya

Barisan penunggang tersebut telah disahkan oleh Pengarah Urusan Yamaha Factory Racing, Lin Jarvis, sewaktu dia dia berbual dengan Simon Crafar, ketika GP Austria pada hujung minggu lalu.

Pasukan satelit Yamaha MotoGP telah ditinggalkan tanpa pengendali dengan pertukaran pengeluar pasukan Monster Energy Tech 3 dari Yamaha ke KTM. Pasukan Monster Energy Tech 3 juga telah membawa bersama penunggang mereka, Johann Zarco dan Hafizh Syahrin, ke pasukan satelit baharu itu.

Lin Jarvis

Temubual dengan Jarvis itu telah mengesahkan yang Yamaha memegang kata putus tentang siapakah yang akan menunggang untuk pasukan satelit, kerana pasukan satelit juga akan memberikan maklumat tambahan kepada pasukan pengilang: “Mereka adalah pasukan persendirian. Semestinya, sebarang penunggang pilihan mereka perlu mendapat persetujuan kami dari segi tahap dan kebolehan menunggang jentera M1. Jadi mereka (SIC) telah memilih Franco Morbidelli, seorang penunggang yang menarik pada pandangan kami, kerana dia adalah seorang Juara Dunia, dia seorang penunggang akademi, dan dia juga seorang penunggang yang berbakat. Saya rasa dia akan beraksi lebih hebat di atas jentera M1 berbanding prestasinya di atas jentera Honda pada tahun ini, jadi, dalam kes Franco, tiada sebarang keraguan dari mula lagi.”

Franco Morbidelli sewaktu ujian musim sejuk di Litar Buriram, Thailand

Penunggang kedua mereka? Ianya adalah Quartararo, ujar Jarvis:

“Dalam kes Quartararo, dia bakal menjadi penunggang rookie MotoGP, dan dia masih lagi muda – baru berusia 19 tahun – dan ternyata mempunyai bakat. Dia kehilangan arah mungkin setahun dua yang lalu namun kini dia menunjukkan potensinya kembali pada tahun ini.Saya rasa dia mempunyai bakat menjadi seorang penunggang yang amat bagus pada masa yang akan datang. Saya rasa kes Syahrin telah menunjukkan yang kadang kala anda boleh buat pilihan dan jika penunggang itu berbakat dan di bawa masuk tanpa diduga, dia akan menunjukkan kebolehannya. Jadi kami cukup selesa dengan pilihan ini.”

Fabio Quartararo di Catalunya

Akhir sekali, berkenaan dengan kelengkapa yang akan dibekalkan kepada pasukan oleh Yamaha, Jarvis lebih berselindung. Adakah ianya lebih kurang seperti Tech 3 atau bagaimana?

Ianya akan lebih kurang macam Tech 3, atau mungkin lebih daripada itu,” jawab Pengarah Urusan Yamaha Factory Racing itu.

Sumber imej: MotoGP

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply