Jambatan Khas Untuk Motosikal Di Lebuhraya Persekutuan Sudah Hampir Siap

Sumber imej: thestar.com.my

  • Projek pengemaskinian laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan akan menampilkan sebuah jambatan khas untuk motosikal.
  • Ia merentasi laluan persimpangan Jalan 222 – Jalan Templar – Lebuhraya Persekutuan yang sibuk.
  • Projek ini telah tertunda sebelum ini dan dijangka akan siap pada awal bulan Oktober 2018.

Jalan 222 – Jalan Templar – Lebuhraya Persekutuan mungkin sekali laluan paling sesak sewaktu masa kemuncak pada ketika ini, namun ianya untuk kebaikan masa akan datang.

Sebagai sebahagian daripada projek pengemaskinian pembentungan dan laluan motosikal sepanjang 8.1km yang menelan belanja sebanyak RM28 juta, sebuah jambatan khas untuk motosikal yang merentasi persimpangan tersebut akan sedia untuk digunakan bermula awal bulan Oktober 2018. Projek yang bermula dari Kelab Gold Negeri Selangor sepanjang Lebuhraya Persekutuan berhampiran Subang Parade dan berakhir di gerbang Kota Darul Ehsan, yang menandakan sempadan Selangor-Kuala Lumpur.

Sumber imej: thestar.com.my

Projek ini pada mulanya dijadualkan siap pada bulan Jun 2018, namun, dengan hujan lebat yang bermula pada bulan Mei dan perubahan rekabentuk menundakannya selama lebih sebulan, terang seorang jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR). Faktor-faktor lain yang menyebabkan penangguhan tersebut adalah kecurian peralatan, pilihan raya umum, dan cuti umum yang panjang.

Projek ini bertujuan untuk memperbaiki dan mengemaskini permukaan jalan raya yang rosak dan menangani masalah banjir di sebahagian laluan motosikal yang berukuran sepanjang 16km di kedua-dua arah.

Satu pemeriksaan yang telah dilakukan oleh laman saudara kami, Bikes Republic, mendapati sebahagian laluan motosikal selepas Jalan Barat menuju ke arah Kuala Lumpur telah diturap dengan asfalt baharu, walaupun ianya tidaklah selebar yang dijangka ramai.Bagaimana pun, bahagian itu masih ditutup atas sebab-sebab tertentu.

Sumber imej: thestar.com.my

Buat masa ini, penunggang motosikal terpaksa berkongsi laluan utama Lebuhraya Persekutuan dengan kenderaan lain yang lebih besar, meletakkan nyawa mereka dan pengguna lain dalam bahaya. (Tekan pautan di bawah untuk membaca laporan kami yang terdahulu.)

Motosikal Dibenarkan Atas Lebuhraya Persekutuan Kerana Kerja-Kerja Pembaikan Laluan Motosikal

Dan oleh kerana itu, kami syorkan yang penunggang motosikal untuk berada di laluan paling kiri yang boleh mereka gunakan sekiranya anda memilih untuk menggunakan Lebuhraya Persekutuan. Dan oleh kerana laluan lebuhraya yang lama itu lebih kecil, kenderaan lebih besar yang lain memandu lebih rapat sesama sendiri, dan ini merupakan satu cabaran yang merbahaya buat penunggang motosikal, lebih-lebih lagi jika anda berada di laluan yang lebih laju sewaktu kesesakan mula beransur reda dan kelajuan kenderaan lain mulai bertambah.

Kami harap yang Jabatan Kerja Raya serta kontraktor mereka bertindak dengan lebih pantas dan menyiapkan projek ini secepat mungkin demi keselamatan ke semua pengguna jalan raya.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]