Siap Sedia Untuk Ketibaan Kawasaki Ninja ZX-6R 2019!

  • Kawasaki kini sedang dalam usaha membangunkan model Kawasaki Ninja ZX-6R 2019 yang serba baharu.
  • Dokumen telah pun difailkan di California Air Resources Board (CARB) berkenaan dengan keluaran emisi bagi jentera supersport 2019 tersebut.
  • Jentera ZX-6R yang baharu itu bakal mematuhi piawaian emisi Euro4 dan ianya dikatakan akan menghasilkan hanya separuh daripada emisi yang dihasilkan oleh model terdahulu.

Khabar angin tentang kehadiran jentera supersport Kawasaki yang serba baharu sedang hangat diperkatakan yang mana ianya dikatakan adalah model Kawasaki Ninja ZX-6R. Berdasarkan beberapa sumber utama, ianya bukan sekadar omong kosong tetapi bakal menjadi kenyataan.

Satu dokumen yang telah difailkan oleh Kawasaki Heavy Industries (KHI) kepada California Air Resources Board (CARB) adalah petanda jelas akan kemunculan motosikal ‘middleweight’ Ninja generasi seterusnya. Kekal dengan tatarajah enjin empat selari 636cc, ia dikatakan mempunyai kemampuan untuk menghasilkan hanya separuh daripada emisi yang dihasilkan oleh model ZX-6R yang terdahulu.

Usaha “Team Green” bagi memastikan motosikal lumba lebih mesra alam ini adalah bagi memastikannya mematuhi piawaian emisi Euro4. Oleh kerana itu, khabar angin juga telah tersebar yang kadar kuasa 129hp yang ada pada model ZX-6R semasa mungkin direndahkan sedikit pada model 2019.

Ini juga mencadangkan yang ianya bukan sekadar sebuah versi yang dikemaskini tetapi, sebuah jentera Ninja ZX-6R serba baharu yang dibina dari mula. Perincian lain yang mungkin ada paad jentera 2019 termasuklah:

  • Pemangkin gelung tertutup tiga arah baharu.
  • Pengurangan berat keseluruhan (dianggarkan sekitar 195kg).
  • Dimensi (saiz) yang dirombak semula untuk meningkatkan kelincahannya (lebih lebar dan rendah).
  • Lebih banyak panel badan aerodinamik (aerofairing?)
  • Kelengkapan eletronik diperkemaskini (kemungkinan penambahan ‘Inertial Measurement Unit’, atau IMU).

Buat masa ini, tiada lagi sebarang maklumat tambahan yang telah dikongsikan mengenai jentera supersport yang bakal tiba ini namun apa yang pasti ialah segmen motosikal lumba ‘middleweight’ sedang menuju ke satu era yang baharu dan Kawasaki adalah salah satu pengeluar yang telah bersedia menyahut cabaran tersebut. Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

WorldSBK: Tom Sykes Bakal Meninggalkan Kawasaki

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]