-
Michelin telah melancarkan tayar Michelin Primacy 4 terbaharu di Pattaya, Thailand Jumaat lepas.
-
Michelin Primacy 4 mampu memberi prestasi cengkaman optimum sepanjang hayat sehingga haus.
-
Ini mampu dilakukan dengan Teknologi EverGrip™ dan Teknologi Silent Rib generasi kedua dari Michelin.
Syarikat pengeluar tayar terkemuka Michelin telah melancarkan produk tayar kereta terbaharu mereka iaitu Michelin Primacy 4. Tayar generasi baharu dalam rangkaian Primacy mereka mampu merevolusikan pasaran tayar tempatan dengan aspek keselamatan ketika baru dan juga apabila telah haus.
Tayar baharu Michelin Primacy 4 dilancarkan dengan slogan “Selamat Ketika Baru, Selamat Apabila Haus” dimana aspek keselamatan dan prestasi tayar akan kekal pada paras yang cemerlang sehingga saat anda perlu menukar kepada tayar baru. Prestasi cemerlang sewaktu baru akan kekal sepanjang hayat Primacy 4 dan lebih-lebih lagi, ia mampu memberi keselesaan yang tinggi sewaktu memandu.
Michelin berjaya mendapat prestasi seperbegini dengan dua teknologi terbaru mereka iaitu Teknologi EverGrip™ dan Teknologi Silent Rib generasi kedua. Teknologi EverGrip™ menawarkan ukiran bunga tayar baru yang meningkatkan ruang pengaliran air sebanyak 50% apabila tayar menjadi semakin haus diatas jalan raya basah.
Kedua, Teknologi 2nd-Generation Silent Rib yang menampilkan gelang saling berkait bagi mengurangkan perubahan bentuk blok-blok bunga tayar ketika ia sedang berputar. Keadaan itu berupaya mengurangkan kesan bunyi mengepam udara untuk pemanduan yang lebih senyap dan menyerap hentakan dengan lebih baik terhadap ketidaksempurnaan jalan untuk pemanduan yang lebih selesa.
Pengarah Urusan MICHELIN Malaysia, Pascal Nouvellon berkata, “Prestasi ketika membrek dan cengkaman tayar, terutamanya di atas jalan basah, adalah amat penting bagi keselamatan jalan raya di negara ini. Pengguna-pengguna di Malaysia hari ini memilih tayar mereka berdasarkan kepada ciri-ciri yang dimiliki oleh tayar berkenaan ketika ia masih baru.”
“Tetapi apakah yang akan berlaku kepada prestasi membrek dan cengkaman tayar selepas 50,000 kilometer, atau selepas beberapa tahun tayar itu digunakan?” Pascal menjelaskan, “Di dalam industri tayar, ujian prestasi biasanya dilakukan ke atas produk-produk baharu. Michelin kini setapak lebih maju. Kami mahu membuktikan bahawa prestasi tayar kami kekal mengikut jarak dan masa,” tambah beliau.
Faktor-faktor seperti cara memandu, cuaca, keadaan jalan raya dan tabiat penjagaan tayar akan menentukan jangka hayat tayar kenderaan. Cuaca di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain dengan iklim yang sentiasa hujan dan panas tropika juga boleh menjejaskan prestasi tayar.
Michelin telah melantik TÜV Rheinland Thailand Limited untuk menguji tayar MICHELIN Primasi 4 yang masih baru dan yang telah haus (ketebalan bunga tayar 2mm) di atas jalan basah, bersama-sama dengan tayar baru dan tayar yang telah haus jenama premium yang lain.
Dalam keadaan baru, tayar Michelin Primacy 4 mampu berhenti dengan jarak 2.5m lebih pendek diatas jalan raya yang basah berbanding dengan tayar dari jenama-jenama premium yang lain. Lebih penting lagi, Primacy 4 mampu berhenti 5.1m lebih pendek dalam keadaan haus berbanding jenama lain. Walaupun dalam keadaan haus, Michelin Primacy 4 berhenti 1.8m lebih pendek apabila dibandingkan dengan tayar-tayar jenama lain ketika dalam keadaan baru.
Michelin Primacy 4 juga dihasilkan dengan sebatian getah generasi terkini (Teknologi EverGrip™) dimana ia menguatkan lagi ikatan antara getah dan silika didalam tayar secara sebati dari keadaan baru sehinggalah haus sebelum anda bersedia untuk menukar tayar yang baru.
“MICHELIN Primacy 4 terbaharu menyelesaikan dua kebimbangan utama pengguna di negara ini iaitu keselamatan ketika setiap perjalanan, disebabkan oleh kemalangan akibat hujan serta keadaan jalan yang tidak memuaskan dan keselesaan, disebabkan oleh keadaan trafik dan jalan yang mencabar,” tambah Pascal.
Pascal juga menjelaskan bahawa “Kemapanan produk kami merupakan kunci kepada strategi korporat Michelin. Kami sentiasa berusaha untuk menghasilkan tayar yang dapat memberikan nilai sebenar dan keselamatan kepada pelanggan kami, dan bukannya sekadar menghasilkan tayar yang mudah rosak, mengutamakan alam sekitar di sepanjang kitaran hayatnya.”
MICHELIN Primacy 4 terbaharu mula dipasarkan di Malaysia pada Julai, dan ia boleh didapati dalam 64 saiz, bermula daripada 15 hingga 18 inci yang sesuai digunakan untuk kereta-kereta seperti Toyota Camry, Honda Accord, BMW 3 dan 5-Siri, Mercedes Kelas-E dan C serta kenderaan-kenderaan premium lain.
MICHELIN Primacy 4 boleh didapati di ‘TYREPLUS’ dan pengedar tayar Michelin yang sah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.michelin.com.my.