- HI-REV RACING secara rasminya telah memperkenalkan barisan penunggangnya bagi tahun 2018.
- Sejumlah 13 buah motosikal dan dua buah kereta akan bertanding dalam pelbagai siri perlumbaan berbeza, di antaranya Malaysian Cub Prix, Malaysia Superbike Championship, dan bermacam-macam lagi.
- HI-REV juga telah memperkenalkan minyak pelincir berprestasi tinggi premium terkini mereka, iaitu TorQe Pro Fully Synthetic 5W40.
HI-REV Racing dengan secara rasminya telah memperkenalkan pasukan satelit 2018 mereka yang bakal bersaing dalam pelbagai siri perlumbaan berbeza bagi kedua-dua sukan permotoran dua dan empat roda. Acara pelancaran tersebut telah berlangsung di Genting Highlands di mana jentera-jentera perlumbaan dari pasukan perlumbaan yang berbeza juga turut diperkenalkan.
Untuk tahun ini, terdapat tiga buah pasukan perlumbaan yang akan mempersembahkan kebolehan mereka dengan sejumlah 13 buah motosikal dan dua buah kereta lumba. HI-REV SCK Racing Team, HI-REV JOBARU PIAWW Racing Team, serta HI-REV Dream Chaser Racing Team akan mewakili HI-REV di acara-acara perlumbaan tahun ini, antaranya adalah:
- Malaysian Cub Prix
- Asia Road Racing Championship (ARRC)
- Malaysia Superbike Championship (MSC)
- MSF Superbikes
- MSF Racing Series
- King of 2T
- Malaysia Championship Series (MCS)
Dalam siri perlumbaan ARRC 2018, pasukan SCK Rapido HI-REV Honda Racing Team telah memulakan musim mereka dengan satu keputusan yang memberangsangkan apabila mereka memenangi perlumbaan pertama dalam kategori Underbone 150 pada bulan Mac yang lalu. Keputusan itu kemudiannya diperolehi mereka sekali lagi di Jepun beberapa bulan yang lalu dan mereka berharap dapat meneruskan prestasi ini pada masa yang akan datang.
Kejayaan mereka setakat ini menyuntik semangat untuk lebihan musim ini dan meneruskan lagi prestasi hebat mereka dari tahun lalu di mana mereka memenangi tiga dari enam perlumbaan dalam kategori Underbone 150 dan ia menjadi bukti yang mereka mampu menjadi saingan utaman dengan kebolehan, prestasi, dan sumber yang mereka ada.
Bagi Malaysia Superbike Championship pula, pelibatan mereka dalam kategori Super 250, Supersport, Superstock telah menjadi sebutan dengan beberapa buah kemenangan dan tempat di atas podium. Pada masa ini, penunggang mereka sedang menduduki tempat kedua dalam Super 250 dan juga di anak tangga pertama dan ketiga dalam kategori Supersport.
HI-REV juga telah mengambil peluang ini untuk melancarkan minyak pelincir berprestasi tinggi premium utama terbaharu bagi kereta berprestasi tinggi, iaitu TorQe PRO Premium Motor Oil. Minyak pelincir sintetik penuh ini adalah adunan unik PAO dengan teknologi “Ester Plus”, hak milik jenama tersebut, yang memberikan tahap prestasi terbaik untuk pelinciran enjin.
Minyak pelincir TorQe juga mampu memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap tekanan haba, walaupun pada enjin berkuasa tinggi, sama ada di atas jalan raya mahu pun di atas litar. Buat waktu ini, hanya TorQe Pro Fully Synthetic 5W40 yang diperkenalkan dan akan boleh didapati di ke semua wakil pengedar rasmi bermula dari bulan Ogos pada harga RM280 bagi setiap bekas 4 liter.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai HI-REV, layarilah laman Facebook rasmi mereka.