Art Of Speed Malaysia 2018 Bakal Muncul Kembali!

  • Art of Speed Malaysia 2018 (AOS2018) bakal berlangsung dari 28 hingga 29 Julai 2018.
  • Edisi kali ini yang ditaja oleh Petronas akan kembali dengan peragaan kereta serta motosikal yang diubahsuai dan dibaikpulih dari pembina dalam dan luar negara, galeri seni, pelbagai aktiviti interaktif untuk seisi keluarga
  • Cabutan bertuah juga akan turut diadakan pada dua hari festival ‘Ol-Skool’ dan ‘Kustom Kulture’ terkemuka negara ini.

Festival ‘Ol-Skool’ dan ‘Kustom Kulture’ terkemuka negara, Art Of Speed, bakal kembali bagi edisi tahun 2018 dan untuk kali ini, ia menjanjikan sebuah acara yang jauh lebih hebat!

Dijadualkan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 28 hingga 29 Julai 2018 (hari Sabtu dan Ahad), festival kereta dan motosikal vintaj dan buatan khas ini akan bermula dari jam 10 pagi hingga jam 7 petang. Acara ini sekali lagi akan mempamerkan kebolehan anak tempatan dalam bidang pengkhususan dan buatan khas kereta dan motosikal, di samping membawa masuk kereta-kereta dan motosikal-motosikal buatan khas oleh para pembina terkemuka antarabangsa.

Antara pembina terkenal antarabangsa yang akan hadir dengan hasil karya mereka adalah Nau Shima dan Yuki Hitomi dari Tokyo Indians MC yang hadir dengan dua buah motosikal Indian Chief 1947, Shige Suganuma (Mooneyes) dengan motosikal Harley-Davidson Sportster MQQN Digger Show Bike dan MQQN Bug Drag Race Car binaan Masashi Tazaki (One Low Japan), serta Bryan Scott Thompson (Thompson Cycles) dengan jentera binaannya, Vans Triumph 1955, serta ramai lagi pembina terkemuka dari negara-negara seperti Jepun, Australia, Amerika Syarikat dan lain-lain.

Vans Triumph 1955
Harley-Davidson Sportster MQQN Digger Show Bike

Di samping peragaan kenderaan-kenderaan buatan khas ini, Art of Speed Malaysia 2018 turut menganjurkan pertandingan tahunannya, Art of Speed Invitational Bike Build Off 2018, kali ini ditaja oleh Petronas. Pertandingan tahun ini akan menyaksikan 8 pembina khas dari Malaysia dan Singapura bertanding merebut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 (juri) dan RM5,000(undian orang ramai). Barisan pembina khas ini terdiri daripada:

  • Rusty Factory (Ipoh, Perak)
  • Soul Garage (Sungai Petani, Kedah)
  • JZ Engineering & Services (Pasir Gudang, Johor)
  • No Die Cycles (Ampang, Selangor)
  • Beautiful Machines (Kuala Lumpur)
  • Dstreet Customs (Singapura)
  • Kenstomoto (Kuala Lumpur)
  • Skateture Custom Works (Kuching, Sarawak)
RWB Porsche 911

Selain daripada pameran kereta dan motosikal buatan khas, festival ini turut menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan buat seisi keluarga. Seperti tahun sebelumnya, Hot Wheels dan Vans telah kembali bagi dengan pelbagai aktiviti buat para penggemarnya. Hot Wheels akan menyambut ulang tahun ke-50nya di Art of Speed Malaysia 2018, dan mereka akan hadir dengan model RWB Porsche 911 bersaiz sebenar, yang bakal didedahkan buat tontonan awam buat kali pertama, manakala HOUSE OF VANS Skateboard serta pertandingan BMX dan juga bengkel seni pasti menarik minat kanak-kanak, remaja serta mereka yang berjiwa muda.

Para hadirin juga bakal dihiburkan dengan pelbagai persembahan muzik oleh kugiran-kugiran terkenal tempatan. Untuk tahun ini, AOS2018 akan menampilkan tema ‘Sound Circus di pentas utamanya, dengan kehadiaran kugiran-kugiran seperti Fox Wanna Fly, Plague Of Happiness, dan membuat kemunculannya kembali, kugiran Bittersweet bakal menjadi penutup tirai AOS2018 pada hari Ahad 29 Julai itu!

BITTERSWEET

Seperti tahun lepas, cabutan bertuah harian juga akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad festival ini, di mana para pemenang bertuah akan memenangi pakej berbayar untuk SEORANG (1) untuk melawat acara “27th Annual Yokohama Hotrod Custom Show 2018” dan SEBUAH (1) C600R Streetcub oleh FNG Works.

Encik Asep Ahmad Iskandar, Pengasas Art of Speed Malaysia, berkata, “Edisi tahun ini pastinya pengelolaan yang terbaik dengan kepelbagaian dan kerumitan pemilihan kenderaan, malah, kami juga telah menambah bilangan aktiviti sepanjang dua hari bagi memenuhi permintaan semua golongan umur pengunjung.”

“Ini termasuklah juga dengan pertandingan “Show & Shine” di dalam dewan berhawa dingin seluas 150,000 kaki persegi yang akan dipenuhi dengan kenderaan buatan khas dan klasik di dalam Dewan A, beserta dengan NEAT Fest di dewan C yang akan dikelolai oleh NoEqual, galeri seni yang bergelar Moto Circus yang akan disertai oleh artis tempatan dan antarabangsa, persembahan muzik secara langsung di ‘Sound Circus’ dan juga aktiviti-aktiviti mesra keluarga seperti bengkel seni di House of Vans, acara ‘Soap Box Show & Go!, bazar jualan dan arena belia dengan taman papan luncur dan taman BMS yang dihoskan oleh House of Vans.” tambah encik Asep lagi.

Selain dari peragaan di dewan kawasan dewan, AOS2018 turut mengadakan aktiviti di ruang lapang luar dewan. Antara aktiviti yang akan disediakan adalah:

  • Tunggang uji motosikal Indian Motorcycles dan Royal Enfield.
  • Road Rumble 2018 – Perhimpunan dua roda dan pesta kawasan parkir.
  • Taman Makanan yang menampilkan Trak Makanan, bazar jualan dan pasar lambak vintaj.

Bagi acara tahun ini, AOS2018 akan memperkenalkan sistem tiket berperingkat; tiket lorong laju dan tiket umum. Harga bagi tiket lorong laju adalah RM30, di mana mereka yang mendapatkan tiket ini boleh masuk bermula jam 10 pagi, manakala tiket kemasukan umum pula berharga RM15 dan boleh mula masuk pada jam 11 pagi. Kedua-dua tiket ini sah untuk kedua-dua hari. Kaunter tiket akan mula dibuka pada jam 9 pagi untuk kedua-dua tiket ini.

Festival kali ini dijangka akan bertambah hebat lagi, dan AOS Malaysia menjangkakan kehadiran lebih daripada 40,000 orang pengunjung di sepanjang dua hari festival kenderaan buatan khas dan klasik ini.

Jadi, pastikanlah kalendar anda kosong pada hujung minggu berkenaan, dan kunjungilah acara ini untuk melihat sendiri pelbagai kenderaan buatan khas dan klasik yang menakjubkan!

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari www.artofspeedmy.com, atau layari laman Facebook rasmi Art of Speed Malaysia.

Sebab-Sebab Utama Mengapa Art of Speed Malaysia 2017 MENGAGUMKAN

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]