UMW Toyota lancar Vios Challenge musim kedua

  • UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) baru sahaja melancarkan musim kedua Vios Challenge.

  • Musim kedua bagi kategori Promotional akan melihat selibriti-selebriti tanah air terkemuka mengambil bahagian dalam perlumbaan.

  • Mereka adalah Janna Nick, Diana Danielle, Shawn Lee, Syukri Yahaya, Aiman Tino, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Akim Ahmad dan Nabil Ahmad.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) baharu sahaja mengumumkan musim kedua bagi siri perlumbaan Toyota Vios Challenge. Program ini adalah salah satu aktiviti menarik bagi mempromosi platform “All About the Drive” yang kini telah diberi nafas dan semangat baru.

Mulai Ogos 2018, musim kedua perlumbaan Vios Challenge akan bermula dengan tiga kategori iaitu Sporting, Super Sporting dan Promotional. Kategori Promotional yang melibatkan pelumba selebriti dari musim pertama seperti Janna Nick, Diana Danielle, Shawn Lee dan Syukri Yahaya akan meneruskan usaha mereka bagi musim kedua.

Untuk membuat Vios Challenge lebih menarik, UMWT telah menjemput beberapa lagi artis-artis tempatan untuk menyertai kategori Promotional. Mereka adalah disertai Aiman Tino, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Akim Ahmad dan Nabil Ahmad.

Vios Challenge akan dijalankan sewaktu dengan TGR Racing Festival dimana terdapat bermacam-macam aktiviti untuk seisi keluarga di setiap pusingan seperti aktiviti sukan elektronik (e-Sport) dan lain-lain. Penaja-penaja utama seperti Toyo Tyres, Denso, TRD Asia, Enkei, Moty’s, Drive M7 dan Toyota Capital Services akan memastikan semua yang hadir akan dijemput dengan suasana seronok dan meriah.

Perlumbaan itu akan bermula di Pantai Timur di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada 2 sehingga 4 Ogos ini. Diikuti di MAEPS Serdang, Selangor, pada 19 sehingga 21 Oktober 2018 dan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang (22-24 Februari 2019) dan Litar Antarabangsa Sepang (12-14 April 2018).

UMWT juga telah mengumumkan arah tuju baru bagi jenama Toyota di Malaysia. Melalui maklum balas yang telah dikaji dari sudut perubahan suasana dan persekitaran perniagaan serta jangkaan pelanggan yang semakin tinggi, semangat baru dari UMWT akan dipupuk untuk perkembangan jenama kereta terkemuka ini di tanah air.

Menurut Presiden UMWT, En. Ravindran K., “Kami faham keperluan dan jangkaan pelanggan masa kini semakin berkembang, manakala kecenderungan pembelian di kalangan pelanggan juga telah berubah. Kami bersedia untuk memberi maklum balas yang sepatutnye terhadap semua perkara berkenaan.”

Platform penjenamaan “All About the Drive” telah diberi suntikan semangat yang baru dan lebih segar akan memberi dua janji utama kepada semua pelanggan iaitu “menjadikan pemanduan harian lebih menyeronokkan dan “lebih dikenali” kepada barisan produk, servis dan juga jalinan rangkaian.

Beliau juga menambah “Kami akan menyediakan nilai tambah yang lebih tinggi serta barisan produk yang lebih maju dengan ciri-ciri keselamatan dan perhubungan yang terkini. Kami juga akan pastikan pengalaman pemilikan kenderaan Toyota bagi setiap pelanggan berada pada tahap yang lebih tinggi, tanpa mereka perlu risau terhadap apa pun, melalui kualiti perkhidmatan yang dipertingkatkan serta jalinan rangkaian Toyota.”

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]