Minyak pelincir Grantt baharu dengan teknologi Knock Guard™

  • Grantt Lubricants telah melancarkan produk terbaharu mereka iaitu Grantt Stellar 8000 SAE 0W-20.

  • Minyak pelincir Stellar 8000 telah diformulasi dengan teknologi Knock Guard™.

  • Ia mampu memberi perlindungan maksimum untuk enjin jenis GDI dan TGDI dari fenomena LSPI (Low Speed Pre-Ignition) atau ‘knocking’.

UMW Grantt International Sdn Bhd baru sahaja melancarkan siri produk minyak pelincir terbaharu iaitu Grantt Stellar 8000 SAE 0W-20 API SN Plus jenis sintetik. Minyak pelincir baharu ini telah diformulasikan dengan teknologi Knock Guard™ untuk perlindungan maksimum dari LSPI (Low-Speed Pre-Ignition) ataupun lebih dikenali dengan ‘knocking’.

Dengan teknologi Knock Guard™, minyak pelincir Grantt Stellar 8000 SAE 0W-20 API SN Plus mampu memberi perlindungan terbaik dan juga meningkatkan prestasi dan penjimatan minyak lebih-lebih lagi kepada kereta yang menggunakan enjin jenis TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection) dan GDI (Gasoline Direct Injection). Harga? Hanya RM199 bagi setiap botol 4 liter!

Menurut En. Megat Shahrul Azmir Nordin, presiden bahagian Pengilangan dan Kejuruteraan UMW Corporation Sdn Bhd, “Pengeluar kenderaan yang giat membangunkan enjin-enjin yang lebih kecil, cekap, lebih maju dan berkuasa juga menyebabkan keadaan operasi enjin yang ekstrim lebih-lebih lagi kepada enjin jenis suntikan langsung petrol (GDI) dan suntikan langsung petrol turbo (TGDI).”

“Ini akan menyebabkan enjin lebih terdedah kepada keadaan ‘Low Speed Pre-Ignition’ (LSPI) yang boleh menyebabkan kerosakan dalaman dan lebih teruk, kegagalan enjin. Grant Stellar 8000 SAE 0W-20 telah dirumus khas untuk memberi lindungan maksimum bagi isu-isu seperti ini,” tambah En. Megat.

Grant Stellar 8000 SAE 0W-20 juga mampu memberi perlindungan enjin yang lebih baik berbanding minyak pelincir lain di dalam pasaran dengan kadar 80%. Ditambahkan lagi dengan bahan tambahan anti-oksidan, ia mampu mengawal kadar kelikatan minyak pelincir yang boleh mengalir dengan cepat dan selamat dari saat enjin dihidupkan.

Grantt Lubricants juga mengambil peluang ini untuk melancarkan tiga produk terbaharu yang lain iaitu:

  • Grantt Quasar SAE 10W-40 API CI-4/SL (Untuk enjin jenis diesel)
  • Grantt Automatic Transmission Fluid – Grantt ATF CVT (minyak pelincir transmisi jenis CVT)
  • Grantt Automatic Transmission Fluid – Grantt ATF WS (World Standard)

Disebalik itu, Grantt Lubricants juga mempunyai minyak pelincir untuk motorsikal dua dan empat lejang dibawah nama Grantt Quadra. Untuk maklumat lanjut,layari http://granttlubricants.com/.

Kereta elektrik Volkswagen terpantas di Pikes Peak?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]