Ducati Multistrada Terpantas Dunia Menang Di Pikes Peak!

  • Motosikal Ducati Multistrada 1260 terpantas dunia telah merangkul kemenangan buat Ducati di “2018 Pikes Peak International Hill Climb”.
  • Penunggang Ducati, Carlin Dunne meraih kemenangan keempatnya setelah bertarung sengit dengan penunggang KTM, Rennie Scaysbrook.
  • KTM juga telah memenangi dan memecahkan rekod bagi kelas ‘middleweight’, yang mana ianya atas usaha Chris Fillmore dan jentera KTM 790 Duke yang baharu.

“Pikes Peak International Hill Climb” kali ke-96 telah menyaksikan ramai pelumba berjiwa kental bersaing dalam sebuah “Race to the Clouds” berhampiran dengan Colorado Springs, Amerika Syarikat. Bagi kelas ‘heavyweight’ motosikal, ramai menjangkakan yang Ducati dan KTM bersaing sesama mereka, namun, tiada yang menjangkakan yang ianya sesengit ini.

Ducati tampil dengan jentera ‘off-road’ terbesar mereka, Ducati Multistrada 1260 Pikes Peak 2018 buatan khas mereka dan berjaya merangkul kembali kemenangan setelah Carlin Dunne melintasi garisan penamat dengan catatan masa 9:59.102. Penunggang dari Afrika Selatan itu berjaya menangkis serangan penunggang KTM, Rennie Scaysbrook, beserta dengan jentera KTM-nya, KTM 1290 Super Duke R 2017 dengan perbezaan masa hanya sekadar 0.7 saat.

“Kami berjaya. Motosikal Multistrada 1260 Pikes Peak ini terbukti sehebat yang kami jangka. Ia berfungsi dengan baik sekali, memberikan segala yang saya perlu bagi memanjat gunung ini. Pikes Peak bukanlah sebuah perlumbaan yang mudah, namun cuaca hari ini amat baik dan kami berjaya meraih kemenangan untuk Ducati.”

Selain daripada dua penamat terpantas yang telah mempamerkan aksi yang menggamit tumpuan penonton, penunggang yang mencatat masa ketiga terpantas pada hari berkenaan juga turut memeranjatkan semua. Chris Fillmore (yang telah memecahkan rekod catatan masa Pikes Peak pada tahun lalu dengan catatan masa 9:49.625) telah meraih kemenangan dalam kelas ‘middleweight’ buat KTM dengan mengemudi jentera KTM 790 Duke yang baharu.

Apa yang lebih menakjubkan adalah hakikat yang dia telah melakukannya dengan catatan masa 10:04.038, hanya tiga saat di belakang pemenang perlumbaan. Ianya satu pencapaian yang mengagumkan memandangkan betapa besarnya perbezaan prestasi antara kedua-dua jentera berkenaan.

Walaupun Ducati berjaya merampas semula takhta kemenangan di Pikes Peak, KTM tidak jauh ketinggalan dan ada sebab untuk mendabik dada. Atas usaha Chris Fillmore, KTM kini memegang rekod catatan masa bagi kedua-dua kelas ‘heavyweight’ dan ‘middleweight’ dengan jentera 1290 Super Duke R dan 790 Duke mereka.

Pos. Rider Class Bike Time
1 Carlin Dunne Heavyweight 2018 Ducati MTS1260 Pikes Peak 09:59.1
2 Rennie Scaysbrook Heavyweight 2017 KTM 1290 Super Duke R 09:59.8
3 Chris Fillmore Middleweight 2018 KTM 790 Duke 10:04.0
4 Codie Vahsholtz Heavyweight 2018 Ducati MTS1260 Pikes Peak 10:12.7
5 Thilo Gunther Heavyweight 2015 BMW S 1000 R 10:16.6
6 Lucy Glöckner (R) Heavyweight 2015 BMW S 1000 R 10:21.9
7 Davey Durelle Middleweight 2007 Aprilia SXV 10:36.0
8 Rafael Paschoalin Middleweight 2017 Yamaha MT-09 10:38.4
9 Tyler O’Hara (R) Lightweight 2016 Yamaha YZ450F 11:04.3
10 Travis Newbold Lightweight 2005 Honda CRF 11:13.9
11 Joseph Toner Exhibition 2007 Aprilia SXV Custom 11:29.1
12 Akinori Inoue (R) Heavyweight 2018 Kawasaki Z900RS 11:34.0
13 Darryl Lujan Lightweight 2013 Honda CRF450R 11:39.6
14 Michael Woolaway (R) Exhibition 2014 Ducati Hypermotard 11:40.7
15 Theo Bernhard Quad 2007 Yamaha YZ500 12:03.7
16 Mark Bartle Lightweight 2018 Honda CRF450F 12:13.7
17 Doug Chestnutt Lightweight 2012 Yamaha WR-450 12:33.6
18 Jeremiah Johnson Electric 2018 University of Nottingham UoN-PP-02 –.—
19 Robert Barber Electric 2018 Buckeye Current RW-3x –.—
20 Leandro Rad (R) Lightweight 2015 Yamaha YZ –.—

Warna Baharu Bagi Ducati Supersport!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]