Motosikal Gerak Kendiri Bagi Menguji Kenderaan Berautonomi

Sumber imej: autoreview.ru
  • Kereta berautonomi (gerak kendiri) mula membuat kemunculan dalam pasaran.
  • Prestasinya dalam keadaan dunia sebenar agak baik sekali, namun, bagaiamanakah ianya diuji?
  • Salah satu caranya adalah dengan motosikal berautonomi.

Sewaktu satu lawatan syarikat, yang turut digunakan bagi menunggang uji tiga buah model motosikal BMW Motorrad, salah seorang teman kami telah memandu sebuah Volvo XC60 sebagai kereta bantuan. Lawatan ini juga digunakan untuk memandu uji kereta berkenaan.

Rangkaian motosikal BMW S 1000 sememangnya hebat, tidak syak lagi, namun, apa yang telah menarik perhatian saya adalah fungsi autonomi yang ada pada kereta Volvo tersebut. Dengan erti kata lain, ia mampu memandu secara kendiri. Ia mengikuti garis batas jalan di bahu dan bahagian tengah, dan membrek sekiranya ada kereta di hadapan yang berhenti. Ia satu kemajuan teknologi yang telah mula dibangunkan berdekad lamanya, dan kini, mulai melengkapi model-model kereta yang terkini.

Volvo Car M’sia Launches All-New XC60! [+Videos]

Telah dilaporkan beberapa bulan yang lalu yang sebuah motosikal yang bergerak dengan kendiri (tanpa penunggang) telah dibangunkan bagi membolehkan pengujian kereta berautonomi dalam persekitaran yang dikawal.

Namun, sebelum kita meneruskannya, izinkan kami mengenalkan motosikal tersebut.

Motosikal gerak kendiri tersebut, skuter ‘urban mobility’, BMW C1 telah dibangunkan secara bersama oleh AB Dynamics dan AutoRD. AB Dynamics adalah antara pembekal utama sistem ujian automotif, dan bertanggungjawab dan mengintegrasikan kawalan robot di atas kereta, manakala AutoRD pula memastikan akan pengintegrasian mekanikalnya.

Motosikal gerak kendiri yang dbangunkan AutoRD – Sumber imej: bennetts.co.uk

Sebuah motosikal sudah pasti berbeza berbanding dengan pejalan kaki atau pun penunggang basikal, kerana motosikal mampu memecut dan memandu arah secara pantas, seperti sewaktu memintas kereta atau ‘lane splitting’. Ini menghasilkan satu persekitaran yang mencabar buat kereta berautonomi.

DAn oleh itu, bagi menguji kenderaan ini, AB Dynamics telah melengkapkan sebuah motosikal dengan kebolehan untuk bergerak kendiri. Dengan tiadanya penunggang untuk mengemudinya menghapuskan risiko terhadap nyawa, dan pada waktu yang sama, memberikan ujian yang menyeluruh bagi menguji sistem autonomi kereta.

Namun, adakah motosikal uji itu berjaya meniru keadaan dunia sebenar? Adakah motosikal itu hanya bergerak lurus sahaja? adakah ianya terhuyung-hayang? Pernahkah ia memotong garisan tanpa memberi isyarat? Langgar lampu merah?

Thomas Moore, Koresponden Sains dan Perubatan Sky New, telah berpeluang untuk menunggang uji motosikal BMW C1 yang berautonomi ini.

Menurut Moore, motosikal tersebut terhuyung-hayang sebelum ia mula bergerak laju. Pengesan akan mengesan arah adan kelajuan, yang mana kemudiannya akan mengarah stereng automatiknya untuk membetulkan kedudukan motosikal dengan serta merta.. Tunggangan itu terasa lancar dan motosikal itu boleh mengiring masuk ke selekoh tanpa terjatuh.

Sumber imej: autoreview.ru

Jurutera AutoRD, Toquil Ross-Marting, berkata, “Sebuah komputer mampu melakukan tugas yang lebih baik berbanding manusia kerana ia (komputer) tidak akan hilang tumpuan. (Manusia) sentiasa terganggu fikiran, sama ada memikirkan apa yang perlu mereka lakukan sewaktu tiba di pejabat atau sama ada mereka sudah terlewat.”

“Di sinilah di mana motosikal ini akan meningkatkan lagi tahap keselamatan buat para penunggang,” tambahnya lagi.

Ia kedengaran seperti mereka juga cuba untuk membangunkan teksi urban yang berautonomi.

Oh ya, sebelum kami terlupa. Tiada laporan mengatakan yang ia melanggar lampu merah. Saksikanlah video di bawah ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]