Pelajari Cara Menjadi Juruteknik Superbike Bertauliah Di TOC Automotive College

  • Jadikan minat anda sebagai kerjaya dengan kursus juruteknik superbike.
  • Kursus baru dari TOC Automotive College ni bertujuan untuk menyediakan para pelajar dengan pengetahuan penyelenggaraan bagi bagi hampir ke semua jenis superbike.
  • Kursus ini menawarkan pembelajaran dalam kelas dan latihan amali dunia sebenar yang seimbang.
  • Terdapat juga program pembiayaan yang bertujuan bagi menjadikan kos kursus ini tidak membebankan.

Tiada cara yang lebih baik untuk menjadi juruteknik superbike bertauliah selain daripada mendaftar dengan TOC Automotive College.

Kursus Juruteknik Superbike 18 bulan terkini mereka menawarkan pengetahuan dan juga pengalaman dunia sebenar.

Dengan lebih daripada 70% pembelajarannya adalah secara amali, kursus untuk menjadi seorang juruteknik superbike bertauliah kini lebih mudah dan juga menyeronokkan.

Akan tiba masanya dalam hidup setiap orang di mana ada keperluan untuk mereka meningkatkan kebolehan atau kemahiran diri. Cara terbaik sering kali berbalik semula ke pendidikan, namun, apa yang lebih baik adalah gabungan pengetahuan yang bernilai dengan pengalaman dunia sebenar. Dan itulah apa yang boleh anda jangkakan apabila meneruskan pengajian anda di TOC Automotive College.

Terdapat pelbagai program berkaitan automotif yang menyeluruh sesuai untuk sesiapa sahaja tidak kira tahap kemahiran mereka. Berbekalkan dengan minat dan keinginan untuk berjaya, sesiapa sahaja boleh menjadi seorang juruteknik bertauliah setelah menamatkan pengajian mereka di TOC.

Kursus Juruteknik Superbike terkini mereka adalah sebuah program di mana sesiapa sahaja boleh menjadi seorang juruteknik superbik yang bertauliah dalam jangka masa yang paling singkat dan pada masa yang sama, memastikan tahap kualiti yang paling tinggi. Program tiga tahap mereka meliputi 18 bulan dan mengandungi pengetahuan menyeluruh superbike, dari pemasangan, penyelenggaraan, membaikpulih, dan penggantian bahagian motosikal.

Kursus yang ditawarkan oleh TOC ini adalah yang pertama seadanya dalam menyediakan pendedahan meluas kepada senario dunia sebenar pekerjaan dan keadaan bengkel. Melalui pelbagai rakan kongsi industri mereka, terutamanya dengan Malaysia Motorcycle and Scooter Dealers Association (MMSDA), pengalaman kerja yang berharga boleh dialami melalui pelbagai jenis jenama dan pengeluar bagi mereka yang mendaftar untuk Kursus Juruteknik Superbike TOC.

 

Bagi mereka yang masih lagi tidak pasti sama ada berbaloi untuk mengikuti kursus ini, ketahuilah bahawa mereka diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dan dengan kursus ini bertumpu pada latihan amali berbanding kuliah dan peperiksaan, Hasil daripada kursus TOC Automotive College ini sudah pasti berkualiti tinggi.

Bimbang yang perbelanjaan untuk menjadi seorang juruteknik superbike bertauliah ini akan membebankan kewangan anda? Jangan risau kerana TOC ada menawarkan bayaran permulaan yang rendah bagi memulakan kursus beserta dengan bayaran pinjaman bulanan yang rendah sebaik sahaja anda memasuki dunia pekerjaan sesudah tamat pengajian. Dengan adanya program Bina Bakat TOC, bakal juruteknik superbike boleh memulakan pengajian mereka dengan pinjaman 100%.

Terdapat tiga tahap berbeza bagi melengkapkan program 18 bulan ini. Setiap tahap enam bulan mengandungi pembelajaran dan mengasah kemahiran selama tiga bulan di kolej dan tiga bulan berikutnya adalah ‘Latihan Industri’ di mana-mana bengkel yang telah ditetapkan bagi memperoleh pengalaman dunia sebenar.

Tahap pertama meliputi asas keselamatan bengkel motosikal, penggunaan kemahiran berkaitan, kerja besi asas, dan pengenalan kepada teknologi motosikal, dan bermacam-macam lagi. Tahap 2 bertumpukan kepada membaiki dan penyelenggaraan enjin, transmisi, casis, perkhidmatan, dan penyelenggaraan.

Tahap terakhir pula akan menyelami dengan lebih dalam sistem elektrikal motosikal, prestasi, membaik pulih, dan bermacam-macam lagi. Digabungkan dengan fakta yang TOC Automotive College lengkap dengan pelbagai jenis superbike dari pengeluar utama dari Jepun dan Eropah, menjadi seorang juruteknik superbike yang bertauliah, dan dilengkapi dengan kualiti terbaik boleh dicapai dengan mudah di TOC.

Kesimpulannya, tiada apa yang boleh menghalang anda untuk menjadi seorang juruteknik superbike yang ternama dalam dunia superbike. TOC Automotive College sedia membantu anda dari awal sehingga anda berjaya. Apa yang anda perlu lakukan adalah tunjukkan keazaman anda dengan mengorbankan masa dan tenaga, dan TOC akan membantu anda dengan selebihnya.

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kursus Juruteknik Superbike TOC.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]