Patung Nicky Hayden Dirasmikan Di Bandar Kelahirannya

  • Sebuah patung Nicky Hayden telah didirikan bagi memperingati juara dunia MotoGP 2006 yang telah pergi meninggalkan kita.
  • Setahun telah berlalu sejak legenda MotoGP ini telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika satu latihan di Itali.
  • Patung itu dihasilkan atas tempahan bandar Owensboro, Kentucky dan keluarga Hayden.

Satu tragedi telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam dunia MotoGP pada bulan Mei 2017, apabila juara dunia MotoGP 2006, Nicky Hayden, meninggal dunia. Setahun selepas kemalangan tragik yang telah meragut nyawa penunggang berusia 35 tahun yang telah dilanggar sebuah kereta sewaktu menjalani satu latihan, bandar kelahirannya, Owensboro, Kentucky telah merasmikan sebuah patung bagi memperingati legenda MotoGP tersebut.

Dirasmikan oleh ahli keluarganya, patung tembaga itu telah dihasilkan bagi memperingati kemenangannya di litar Laguna Seca pada tahun 2006. Patung tersebut telah dihasilkan oleh Loveland yang mana ianya ditempah oleh bandar Owensboro dan keluarga Hayden.

Menurut abang Nicky, Tommy Hayden, yang juga merupakan seorang pelumba motosikal professional, “Acara dan arca ini membawa makna yang besar buat keluarga kami. Dalam setahun sejak kematiannya, kami amat terkesan dengan sokongan yang telah diberikan oleh mereka yang telah berada di samping kami, mahu pun dari orang ramai dari seluruh dunia.”

“Sejumlah peminat Nicky telah pun menyuarakan kepada saya yang mereka ingin ada satu destinasi di mana mereka boleh datang untuk memberi penghormatan kepada wira mereka, dan patung ini akan memenuhi matlamat itu. Di samping itu, saya harap yang ianya menjadi satu peringatan buat penduduk Owensboro yang ianya tidak mustahil untuk melakukan perkara yang hebat dan pada masa yang sama, kekal berkhidmat pada komuniti anda, seperti mana yang telah dilakukan oleh Nicky,” tambah Tommy.

Taman Memorial Nicky Hayden Akan Dibina di Misano

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]