-
Michelin Malaysia baru sahaja melancarkan Michelin Safe on Road (MSOR) Truck Roadshow 2018 minggu lepas.
-
Selama sebulan, program ini akan dianjurkan sekitar Lembah Kelang untuk memastikan tayar kereta anda berada dalam keadaan baik.
-
Pemeriksaan yang dilakukan oleh pakar-pakar dari Michelin adalah secara percuma termasuk cenderamata istimewa.
Sempena musim perayaan Hari Raya Aidillfitri yang akan tiba tidak lama lagi, para pengguna jalanraya dinasihatkan supaya berada dalam keadaan yang baik dari segi fizikal dan juga mental. Selain itu, kenderaan anda juga perlu berada dalam keadaan sempurna untuk keselamatan rakyat sejahtera diatas jalan raya.
Pihak dari Michelin amat menekankan kepentingan tayar-tayar kenderaan anda supaya berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh perjalanan pulang ke kampung halaman. Dengan itu, mereka telah melancarkan Michelin Safe on Road (MSOR) Truck Roadshow 2018 untuk menolong memastikan kesemua tayar kereta anda berada dalam keadaan elok.
Kempen atau ‘roadshow’ Michelin telah pun bermula sejak minggu lepas lagi dan hari ini, mereka telah menganjurkan program tersebut di stesen petrol Petron yang terletak di Lebuhraya Besraya berdekatan dengan Sungai Besi.
Pemeriksaan tayar percuma diberi kepada para pengunjung dan lebih-lebih lagi, mereka berpeluang untuk membawa saguhati istimewa dari Michelin. Dari keadaan fizikal dan kedalaman bunga tayar hingga ke ketepatan tekanan udara, pihak Michelin memastikan semua berada dalam keadaan yang selamat.
Bagi mereka yang telah disyorkan untuk menukar tayar yang baru, Michelin juga telah menyediakan tawaran istimewa. Anda hanya perlu kunjungi bengkel Michelin terpilih yang berdekatan dengan tapak dimana program dilaksanakan dan anda akan turut dapat kad hadiah Petron berjumlah sehingga RM100!
Michelin Safe on Road (MSOR) Truck Roadshow 2018 akan berlangsung selama sebulan dan lokasi-lokasi dalam masa terdekat adalah seperti dibawah:
- 10 Jun 2018 (Ahad) – Tempat letak kenderaan terbuka Jalan Brp 1/6, Sg Buloh
- 11 Jun 2018 (Isnin) – Petron Taman Muda, Ampang
- 12 Jun 2018 (Selasa) – Petron Jalan Sentul, Sentul
- 13 Jun 2018 (Rabu) – Petron Bandar Baru Bangi Seksyen 10, Bangi
Kami dari MotoMalaya.net ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik sepanjang musim perayaan ini termasuk keadaan tayar. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Michelin, layari www.michelin.com.my atau https://www.facebook.com/MichelinMalaysia/.
HLYM Lancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Kali Ke-20