UMWT Umumkan Promosi Raya “Mula Jalan Cerita Bersama Toyota” 2018

 


Hari Raya Aidilfitri semakin hampir tiba dan UMW Toyota Motor (UMWT) telah menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk mendapatkan sebuah Toyota bagi memeriahkan lagi perayaan mereka dengan promosi “Mula Jalan Cerita Bersama Toyota”. Sewaktu tempoh promosi ini, di sepanjang bulan Jun 2018, tawaran terbaik bagi model-model terkini Toyota akan ditawarkan dan yang lebih hebat lagi, harganya telah dikurangkan dengan kadar sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Harga model-model Toyota seperti Vios kini lebih berpatutan dengan harga yang bermula dari RM70,752 dan didatangkan dengan pakej penyelenggaraan percuma bernilai Rm2,005, manakala bagi MPV kompak model Toyota Sienta pula kini pada harga RM91,527 dengan rebat tunai sebanyak RM1,000.

Pengedar tersebut menambahkan lagi penjimatan sehingga RM3,500 beserta aksesori percuma bernilai sehingga RM5,790 (mengikut model yang dibeli).Duit raya bernilai RM500 juga akan diberikan dengan setiap pembelian mana-mana kereta penumpang (Toyota Vios, Corolla Altis, dan Camry) dan model MPV (Toyota Innova, Avanza, dan Sienta).

Bagi mereka yang ingin memiliki Toyota Hilux dan Fortuner, rebat tunai sebanyak RM1,000 beserta aksesori percuma bernilai sehingga RM3,429 telah ditawarkan. Ke semua tawaran adalah untuk varian terpilih dan mengikut Terma dan Syarat, sementara stok masih ada.

Para pelanggan yang memerlukan pelan pembiayaan boleh memilih perkhidmatan yang disediakan “Toyota Capital” seperti “Toyota 2-Tier Plan” yang menawarkan ansuran bulanan yang lebih rendah bagi para graduan dan pelan pembiayaan “Toyota Drive”, yang pertama seadanya di mana pelanggan boleh membuat lebih banyak penjimatan.

Untuk ketenangan minda pelanggan, ke semua model Toyota telah didatangkan dengan waranti 5 tahun dan perbatuan tanpa had (kecuali bagi model Toyota Hilux dengan perbatuan maksimum 150,000km). Bagi menambah nilai model Toyota anda, waranti ini boleh dipindahkan kepada pemilik seterusnya, mengikut Terma dan Syarat.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran-tawaran yang lumayan ini, para pelanggan bolehlah mengunjungi mana-mana bilik pameran Toyota, di mana pandu uji juga turut disediakan. Layari laman sesawang rasmi Toyota Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bersempena dengan promosi “Jalan Cerita” ini, Toyota akan menayangkan video “Jalan Cerita Raya” bagi mengimbau kembali perjalanan Toyota bersama warga Malaysia. Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut akan video ini dengan menekan pautannya DI SINI.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]