CIMB Bank Lancarkan “1-Minute Auto Financing InstaApproval” Untuk Pembiayaan Kereta


CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad baru sahaja memperkenalkan “CIMB 1-Minute Auto Financing InstaApproval™”, sebuah platform digital yang meluluskan pembiayaan kenderaan dalam masa satu minit setelah menerima dokumen serta maklumat penuh yang lengkap. Ianya tambahan terkini dalam siri InstaApproval CIMB, yang juga turut menawarkan “1-Minute Home Financing InstaApproval“. Siri ini menawarkan proses kelulusan pembiayaan atas talian yang pantas, selamat, tanpa kertas dan lengkap melibatkan, antaranya, pengesahan biometrik cap jari.

“CIMB 1-Minute Auto Financing InstaApproval™” adalah satu anjakan paradigma dalam tempoh kelulusan bagi pembiayaan kenderaan, yang pada kebiasaannya mengambil masa satu hari. Ini mengurangkan tempoh menunggu para pelanggan dalam keputusan pembiayaan sewaktu proses membeli sebuah kereta. – CIMB.

Disediakan bagi semua jenis kereta, terpakai atau pun baharu, kelulusan ini datang lengkap dengan pengeluaran “Letter of Undertaking”, dan notifikasi segera melalui SMS dan e-mel ke pelanggan dan wakil pengedar kereta.

Samir Gupta, Ketua Pegawai Eksekutif, Group Consumer Banking, CIMB Group, telah berkata, “Proses kelulusan pantas, “1-Minute Auto Financing InstaApproval™”CIMB ini, pada ketika ini, merupakan yang terpantas dalam pasaran, bukan sekadar mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi digital, seperti mana yang telah dirangka dalam Strategi T18 kami, tetapi juga satu tanda aras yang menakjubkan dalam usaha CIMB untuk terus meningkatkan lagi pengalaman pelanggan kami. Platform InstaApproval™ kami – yang menyingkatkan tempoh menunggu dengan ketara – telah direka bagi kemudahan mutlak pelanggan. Kami yakin bahawa dengan kehadiran “1-Minute Auto Financing InstaApproval™” bakal menjadi pemangkin baharu buat kami dan rakan kerjasama automotif kami, dengan membolehkan para pelanggan untuk memiliki kereta idaman mereka dalam masa satu minit.”

“1-Minute Auto Financing InstaApproval™” CIMB ini boleh didapati di bilik pameran rakan kongsi terpilih, roadshow rakan kongsi, dan juga di pengedar kereta terpakai terpilih. Buat masa ini, tujuh buah rakan kongsi yang turut sama dalam “1-Minute Auto Financing InstaApproval™” CIMB ini adalahCycle & Carriage Bintang Berhad, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Honda Malaysia Sdn Bhd, Ingress Auto Malaysia Sdn Bhd, Perodua Sales Sdn Bhd, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, dan UMW Toyota Motor Sdn Bhd. Lebih banyak rakan kongsi akan ditambah pada platform ini pada masa yang akan datang.

Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz, Group CEO, CIMB Group (tengah) dan Samir Gupta, CEO Group Consumer Banking, CIMB Group (flima dari kiri) bersama (kiri ke kanan): Chris Tan Gim Seong, General Manager of Retail Operation, UMW Toyota Motor Sdn Bhd; Mohd Azwan Yahaya, Dealer Principle, Ingress Auto Malaysia Sdn Bhd; Roslan Abdullah, President/Chief Operating Officer of Honda Malaysia Sdn Bhd; Thomas Tok Chek Kuan, General Manager of Sales, Cycle & Carriage Bintang Berhad; Altimet; James Tan Soon Huat, Senior General Manager, President’s Office, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd; Abdul Rashid Bin Musa, Vice President of Sales & Marketing, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd; Arman Hasmanizar, Deputy General Manager, Managing Director’s Office, Perodua Sales Sdn Bhd and Dato’ Tony Khor Chong Boon, President of Federation of Motor and Credit Companies Association of Malaysia at the launch of CIMB’s 1-Minute Auto Financing InstaApproval.

Pada bulan Mac 2018, Cimb telah melancarkan “1-Minute Home Financing InstaApproval™” CIMB, yang meluluskan gadai janji dalam masa satu minit setelah menerima dokumen serta maklumat penuh yang lengkap. Platform InstasApproval™ CIMB ini juga membolehkan permohonan untuk pembiayaan peribadi, pembiayaan Amanah Saham Bumiputera, dan juga kad kredit. Untuk maklumat lanjut sila layari www.cimbbank.com.my/insta, dan www.cimbislamic.com.my/insta-i.

Platform InstaApproval™ CIMB juga ditawarkan sebagai sebahagian daripada CIMB F.I.R.ST., penyelesaian kewangan holistik yang unik untuk setiap keperluan dan tahap hidup pelanggan. CIMB F.I.R.ST. adalah singkatan untuk Finance, Insure, Returns, Save, dan Transact, berpremiskan penabungan, pembiayaan, insurans, pelaburan, dan kad kredit.Ia boleh didapati melalui www.cimbbank.com.my, www.cimbislamic.com.my, dan di cawangan-cawangan CIMB bagi pelanggan yang memerlukan bantuan bersemuka.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]