Jonathan Rea Akan Sertai MotoGP Pada Musim 2019?

  • Juara dunia WorldSBK berbilang kali, Jonathan Rea, kini sedang dalam perbincangan bagi menyertai siri perlumbaan MotoGP pada tahun 2019.
  • Beberapa buah pasukan pengilang telah pun menawarkan tempat bagi penunggang yang berusia 31 tahun itu.
  • Rea juga sedang dalam perbincangan dengan pasukan semasanya, Kawasaki Racing Team WorldSBK, di mana kontraknya bersama mereka akan tamat pada hujung musim ini.

Dunia MotoGP telah dihangatkan lagi dengan satu gosip yang agak mengujakan pada kali ini dengan satu kebarangkalian bahawa juara dunia WorldSBK berbilang kali, Jonathan Rea, akhirnya telah bersedia untuk berpindah bagi menyertai siri perlumbaan MotoGP. Pada ketika ini, pihaknya telah pun memulakan perbincangan dengan beberapa buah pasukan pengilang.

Penunggang berusia 31 tahun yang berlumba bagi pasukan Kawasaki Racing Team (KRT) telah cuba disunting sejak beberapa tahun yang lepas bagi melakukan penghijrahan yang bersejarah ke MotoGP ini. Dia telah dianggap sebagai satu kuasa dominan dalam siri perlumbaan WorldSBK dengan tiga kemenangan kejohanan berturut-turut dalam tiga musim yang lalu dan kini mengejar kejuaraannya yang ke-empat.

Pengurus Rea, Chuck Aksland, telah mendedahkan bahawa mereka kini sedang dalam perbincangan dengan Kawasaki berkenaan dengan kemungkinan penyambungan kontraknya bersama mereka kerana kontrak semasanya akan tamat pada penghujung tahun 2018. Tawaran dari para pengeluar yang lain dari siri perlumbaan MotoGP sekali lagi telah dipersembahkan dan ianya juga sedang mereka pertimbangkan.

Rea telah beberapa kali menyatakan yang dia hanya akan berhijrah ke MotoGP sekiranya “pakejnya bersesuaian”. Ini bermakna sekiranya pasukan tersebut adalah pasukan yang amat berdaya saing dengan keputusan perlumbaan yang memberangsangkan, Rea mungkin sahaja akan menamatkan kerjayanya di WorldSBK. Selain itu, kami rasa yang Rea hanya akan berminat untuk berhijrah sekiranya ianya untuk sebuah pasukan pengilang.

Sebarang keputusan hanya akan dapat disahkan dalam masa dua minggu yang berikutnya sewaktu pusingan Acerbis Czech WorldSBK di Brno, yang telah dijadualkan berlangsung dari 8 hingga 10 Jun 2018. Berkenaan tempat di MotoGP, masih ada satu tempat di setiap pasukan pengilang Repsol Honda, Ducati, Aprilia, dan Suzuki yang belum disahkan. Teruskan bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

WorldSBK: Jonathan Rea Inginkan Jentera Pengilang MotoGP?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]