- HJC Helmet Malaysia telah menganjurkan peraduan swafoto (selfie) buat pemilik helmet RPHA 11 dan RPHA 70.
- Para pemenang kemudiannya telah menyertai Malam Penghargaan RPHA 11 dan RPHA 70.
- Mereka kemudiannya telah menonton filem Deadpool 2 di pawagam.
HJC Helmets telah memeterai perjanjian dengan Marvel bagi menghasilkan helmet bertemakan watak adiwira Marvel, dan oleh kerana itulah kita sering kali dapat melihat helmet bertema adiwira buatan pengeluar dari Korea semakin banyak di atas jalan raya mahu pun litar.
Merujuk kepada pautan di bawah, anda boleh melihat sendiri watak-watak Marvel kegemaran anda, termasuklah Captain America, Spider-Man, Venom, Iron Man, The Punisher, Venom, Black Panther, dan tidak ketinggalan watak anti-hero kegemaran ramai, ‘The Merc with the Mouth’, Deadpool.
Tema-tema adiwira ini telah disebarkan di seluruh rangkaian helmet HJC, dari CS-15 hinggalah ke FG-ST,IS-17, RPHA 70 dan RPHA 11.
Dengan itu, bagi meraikan pembukaan filem Deadpool 2 di Malaysia, HJC Helmet Malaysia telah menganjurkan satu peraduan RPHA 11 dan RPHA 70 di laman Facebook mereka, menyeru para pengikut dan peminat untuk memuatnaik swafoto (selfie) mereka dengan dua helmet berkenaan.
HJC Helmet Malaysia kemudiannya telah memilih para pemenangnya. Para pemenang telah menyertai warga media di Malam Penghargaan RPHA 11 dan RPHA 70, bagi menonton filem yang dinanti-nantikan, Deadpool 2.
HJC Helmet Malaysia juga telah membawa bersama helmet IS-17 Deadpool untuk peragaan dan pratonton.
Selain daripada Marvel, HJC juga telah memeterai perjanjian dengan Star Wars dan siri filem animasi Cars. Helmet-helmet dengan tema-tema filem berkenaan telah pun tersedia atau akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada masa yang akan datang. Jadi, teruskan bersama kami untuk mengikuti perkembangannya!