- Moto Guzzi Malaysia telah menyiarkan harga produk mereka dengan GST 0%.
- Harga-harga baru ini akan mula berkuatkuasa dari 1 Jun 2018.
- Pengurangan harga ini menjadikan motosikal-motosikal Moto Guzzi jauh lebih menarik dari sedia kala.
Seperti mana yang telah dilakukan oleh pengeluar dan pengedar yang lain, Moto Guzzi Malaysia adalah pengedar terbaru yang mengumumkan hargamotosikal mereka dengan GST 0%, berkuatkuasa bermula 1 Jun 2018. Di bawah kami senaraikan model-modelnya dan harga jualan asas (tidak termasuk insurans dan pendaftaran).
Moto Guzzi Malaysia telah menyiarkan harga-harga baru bagi enam buah model, dengan pengurangan harganya di antara RM3,787.00 hingga RM4,636.00.Motosikal V7 III adalah motosikal generasi ketiga bagi motosikal ikonik V7, dijana oleh enjin V-Twin 90 darjah, 750cc. Rangkaian V9 pula telah dijana olehenjin V-Twin 90 darjah, 850cc serba baru.
- Motosikal tahap permulaan V7 III Stone yang telah kami tunggang uji akan meyaksikan pengurangan sebanyak RM3,787, dari harga RM69,900 kepadaRM63,113.
Tunggang Uji Moto Guzzi V7 III Stone Dan Moto Guzzi V9 Roamer
- Motosikal V7 III Special adalah jelmaan semula model V750 S3 1975, dan jelas sekali berketrampilan sebagai sebuah motosikal warisan retro, lengkapdengan bahagian yang penuh dengan kroma. Harganya akan dikurangkan sebanyak RM4,070; dari RM71,900 kepada RM67,830.
- Seperti yang telah dibayangkan oleh namanya, model V7 III Anniversario meraikan ulang tahun ke-50 model V7 dan telah dibina berdasarkan motosikal V7 III Special sebagai asas model. Dengan tangki bahanapi kroma yang tersendiri dan pelana bangku kulit berwarna perang, anda tidak akan tersalah anggapmodelnya dengan model Moto Guzzi yang lain. Hanya 750 buah unit yang akan dikilangkan. Harganya telah bertukar dari RM80,900 kepada RM76,321,dengan pengurangan sebanyak RM4,579.00.
- Cocok dengan namanya V7 III Racer, motosikal berikutnya berupa paras sebuah motosikal café racer klasik. Model ini juga merupakan sebuah model pengeluaran terhad, dan yang paling sporty dalam keluarga V7 III. Ia bercirikan penyerap hentakan belakang Öhlins, kerangka ‘Rosso Corsa’ (Racing Red), pelitup pelana belakang yang menjadikan motosikal ini sebuah motosikal berpelana tunggal, dan tangki bahanapi bersadur aluminium dan ‘flyscreen’. Harganya turun dari RM81,900 kepada RM77,264 (pengurangan sebanyak RM4,636).
- Motosikal V9 Roamer adalah sebuah motosikal klasik bergaya 70-an, serba boleh sama ada untuk penunggangan dalam bandar mahu pun pengembaraanjarak jauh. Bercirikan posisi duduk menegak, pelana yang besar dan selesa, bahagian berkroma di serata tempat, pelbagai ciri-ciri yang menarik dan penuhbergaya.
- Model V9 yang berikutnya, adalah V9 Bobber, sebuah versi V9 yang telah di-‘bobbed’. ‘Bobbed’ di sini bermakna segala kelengkapan yang tidak diperlukanatau tidak penting telah ditanggalkan bagi menjadikannya lebih ringan, lebih sporty, dan garang. Seperti mana yang telah dilakukan oleh ahli tentera AmerikaSyarikat yang membawa pulang motosikal mereka dari medan perang WWII. Pengurangan sebanyak RM4,240 akan menyaksikan harganya turun dariRM74,900 kepada RM70,600.
Moto Guzzi telah menawarkan motosikal mereka pada harga yang menggiurkan dari awal lagi dan ianya bakal menjadi lebih menggiurkan apabila tiba 1 Jun 2018 nanti. Jadi, tunggu apa lagi? Layarilah laman Facebook rasmi Moto Guzzi Malaysia atau kunjungi mereka untuk menunggang ujinya.