Mercedes-Benz Services Malaysia Perkenalkan Pembiayaan AgilityPlus

Memenuhi keperluan untuk kefleksibelan pembiayaan yang lebih hebat, penginovasi pembiayaan automotif, Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn. Bhd. (Mercedes-Benz Services Malaysia) baru-baru ini telah memperkenalkan AgilityPlus. Penyelesaian ‘end-to-end’ terbaru oleh syarikat berkenaan kini akan memberikan kepada para pelanggan lebih kebebasan untuk mengkhususkan pakej yang dapat membiayai, melindungi dan menyelenggara kenderaan Mercedes-Benz kesayangan mereka yang terbaik.

“Azam kami adalah untuk membolehkan gaya hidup pengguna kami. Untuk itu, Mercedes-Benz Services Malaysia telah memecahkan penghadang pembiayaan konvensional. Strategi di sebalik portfolio kami yang senantiasa berkembang, melebihi RM2.3 billion adalah, pertama sekali, memahami para pelanggan kami dan apa yang mereka perlukan. AgilityPlus telah dibikin khusus bagi individu yang inginkan nilai serta manfaat tanpa tandingan dan sudah semestinya, ketenangan jiwa,” ujar Encik Mike Ponnaz (di atas), Pengarah Urusan Mercedes-Benz Service Malaysia.

Dengan pakej AgilityPlus, para pengguna akan menikmati manfaat plan Agility Financing mereka yang terkenal itu, terutamanya pilihan ‘end of agreement’ sama ada untuk melunaskan atau memanjangkan kontrak mereka, atau mengembalikan kenderaan Mercedes-Benz mereka. Ciri ‘Guaranteed Future Value‘ adalah satu lagi ciri utama yang melindungi pengguna dari pengurangan nilai, di samping menikmati ansuran bulanan yang lebih rendah.

Melengkapkan lagi ciri-ciri pengenalan ini, AgilityPlus menawarkan kepada pelanggan pilihan untuk melengkapkan pelan Agility Financing mereka dengan nilai tambahan. Pengguna boleh memilih satu, atau beberapa gabungan pilihan, terdiri daripafa ‘Mercedes-Benz Comprehensive Motor Insurance, ‘Tyre and Rim Insurance’, ‘Return to Invoice (RTI) Insurance’, beserta ‘Mercedes-Benz Service Package (Compact atau Compact Plus). Kontrak penyelenggaraan dari Mercedes-Benz ini memberikan ketenangan minda buat para pengguna tanpa perlu merisaukan kos dan baik pulih yang tidak dijangka.

“Pengguna boleh menikmati kelenturan aliran tunai yang lebih hebat dengan AgilityPlus kerana bayarannya distruktur kepada ansuran. Kami telah mereka satu pakej bagi menggantikan keperluan bayaran sekaligus supaya pengguna dapat menikmati penjimatan dengan belian. Dengan penyertaan pakej ‘Mercedes-Benz Service’, para pelanggan boleh berasa yakin yang kenderaan Mercedes-Benz mereka dijaga baik oleh juruteknik yang berkebolehan dan berpengalaman, dilengkapkan dengan peralatan diagnostik terkini dan dijamin menggunakan alat ganti tulen. Kehadiran kami di setiap ‘touch-points’ di seluruh jaringan meluas kami menjaminkan lagi kemudahan untuk pelanggan kami di seluruh negara,” terang Encik Ponnaz.

Sekali lagi membezakan dirinya, pelan AgilityPlus mengumpulkan penyelesaian utama di bawah satu bumbung untuk kemudahan tambahan dan manfaat tambah nilai, mempertingkatkan lagi pengalaman pelanggan dengan jenama ini. Selain itu, para pelanggan juga mendapat manfaat dari penjimatan kerana dilindungi daripada naik turun harga pasaran yang sentiasa berubah melalui ‘Guarantee Future Value’ dan ‘Mercedes-Benz Service Package’.

Para pelanggan juga mempunyai kebebasan untuk menentukan tempoh setiap pembiayaan dan insurans. Pilihan tempoh bagi Agility Financing, RTI dan Mercedes-Benz Service Package (Compact) adalah di antara satu hingga lima tahun, manakala tempoh bagi ‘Comprehensive Motor Insurance’ dan ‘Tyre and Rim’ adalah satu tahun (berasaskan pembaharuan). Mercedes-Benz Service Package (Compact Plus) adalah tambahan ‘one-off’.

Pengguna yang memilih untuk membiayai Mercedes-Benz GLC 200 dengan pilihan Drive360+ untuk lima tahun (20,000km setahun), dengan RTI lima tahun, Comprehensive Motor Insurance dan ‘Tyre and Rim’ dan ‘Service Package’ (Compact Plus) selama setahun hanya perlu membayar RM4,751 sebulan.

Baru-baru ini juga MBSM telah memperkenalkan kempen EQ Agility Care, yang akan berjalan sehingga 30 Jun 2018, bagi melengkapkan lagi produk EQ Power yang baru dilancarkan. Melalui kempen EQ Agility Care, pelanggan yang layak untuk menambah pilihan AgilityPlus, juga akan menerima penyelenggaraan kenderaan berkala, beserta dengan sebuah EQ kotak dinding pengecas Power yang dipakej dengan EQ Power C350 e atau E350 e untuk tempoh milikan selama satu hingga lima tahun.

Melalui AgilityPlus, MBSM juga turut menjalankan kempen Performance Agility Care dari 25 April hingga 30 Jun. Kempen ini menawarkan Agility Financing untuk ke semua model Mercedes-Benz AMG 43 dan 45 untuk tempoh milikan dari satu hingga lima tahun, dilengkapi dengan pakej penyelenggaraan dan barangan eksklusif AMG.

Untuk maklumat lanjut mengenai AgilityPlus, layari www.mercedes-benz.com.my/AgilityPlus, atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan pembiayaan dan insuran Mercedes-Benz Services Malaysia di talian 1-800-88-1133, atau kunjungi mana-mana wakil pengedar rasmi Mercedes-Benz.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]