Sejumlah 50 buah kereta Volkswagen Polo 1.6 akan disematkan dengan logo SOCAR dan menyertai program perkongsian kereta tersebut di Lembah Klang. SOCAR yang telah dilancarkan di Kuala Lumpur tiga bulan yang lalu itu telah terus membentuk semula tanggapan warga Malaysia mengenai mobiliti dengan menerajui ‘multiflex movement’.
Kunci kejayaan SOCAR adalah perkembangan yang pantas, yang memberikan kemudahan dan keberadaan yang dipertingkatkan pada ahlinya. Satu lagi elemen penting kejayaannya adalah ia melengkapkan lagi pelbagai jenis gaya hidup dan memberi keterujaan kepada pemandu yang menggunakan platform ini. “Kelebihan model perkongsian kereta ini ialah anda, sebagai ahli, mempunyai beberapa jenis kereta di hujung jari anda, memenuhi keperluan yang berbeza dari pemanduan santai keluar bandar hinggalah untuk perjalanan khas ke Ikea,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Malaysia, Leon Foong.
Menandatangani perjanjian bersama Voljswagen sebagai rakan kerjasama terpilih hanyalah langkah pertama mereka. “Volkswagen Polo adalah pilihan yang sesuai untuk pertambahan armada SOCAR,” tambaha Foong, “kerana ianya merupakan kereta dalam bandar yang sempurna, menawarkan keselamatan, dan pada masa yang sama, keseronokan dan pemanduan berkualiti. Ia juga merupakan antara model kereta yang paling banyak dihasilkan dalam dunia.” Dia juga telah mengatakan bahawa demografik semasa bagi pengguna SOCAR di Malaysia adalah dalam golongan pertengahan 30-an, yang ingin mencuba model kereta baru atau pun isi rumah yang perlu menggunakan kereta kedua mahu pun ketiga dari masa ke semasa.
“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan SOCAR. Melalui kerjasama ini, kami mampu menawarkan kepada orang ramai capaian mudah kereta Volkswagen dan memberikan mereka peluang menikmati kebolehan kejuruteraan Jerman. Volkswagen Polo ini cukup sesuai untuk pemanduan dalam bandar, walaupun kecil dari segi saiz, ia menawarkan pemanduan dinamik tanpa mengkompromikan keselamatan dan keselasaan,” kata Erik Winter, Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM).
Kumpulan pertama 21 buah Volkswagen Polo telah diserahkan dengan 29 buah lagi akan diserahkan pada pertengahan bulan Mei. Kereta ‘hatchback’ Polo 1.6 ini dilengkapi dengan enjin 1.6 liter, 105PS, suntikan petrol, 16-injap ‘Multi Point Injection’ (MPI) beserta transmisi enam kelajuan automatik dengan Tiptronic, Polo 1.6 ini mempunyai 153Nm tork maksimum pada 3,800rpm dengan penggunaan bahanapi pada tahap 6.3L per 100km.
Aplikasi SOCAR boleh didapati untuk muat turun di App Store dan Google Play Store. Kereta Volkswagen Polo bagi bulan Mei telah ditetapkan pada harga bermula dari RM13.90 sejam, yang mana ianya termasuk petrol dan insurans yang komprehensif.
Bagi mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai aplikasi SOCAR ini, layarilah www.socar.my