Tunggang Uji Triumph Street Triple S 2018

  • Motosikal Triumph Street Triple S adalah salah sebuah daripada tiga buah model dalam rangkaian motosikal Triumph Street Triple (765).
  • Ia dihasilkan buat penunggang harian yang inginkan motosikal yang lebih ringkas.
  • Walaupun ia lebih ringkas, tidak bermakna ianya kurang menyeronokkan.

“Ianya serupa, tetapi, berbeza,” ujar Joseph sewaktu kami berbicara mengenai motosikal-motosikal yang tampak mirip antara satu sama lain, namun, pada masa yang sama, ada sesuatu yang berbeza yang tidak dapat kami terangkan.

Triumph telah melancarkan rangkaian Street Triple 2018 yang baru pada bulan September tahun lalu (TEKAN SINI untuk membaca mengenai majlis pelancarannya di Litar Antarabangsa Sepang), dan setiap satu daripadanya tampak serupa apabila diletakkan bersebelahan antara satu sama lain namun, setiap satu daripadanya juga turut mempunyai perwatakan unik yang tersendiri.

Sebagai peringatan semula:

  • Model utama, Street Triple RS, adalah raja motosikal ‘street fighter’ 765cc, dilengkapi dengan fork boleh laras sepenuhnya Showa dan penyerap hentakan belakang tunggal Öhlins, angkup brek hadapan pautan jejari Brembo M50 Monobloc, quickshifter, 5 mod penunggangan, termasuklah mod TRACK, pemasa pusingan, dan paparan TFT berwarna, dan 121hp hasil kuasa enjinnya.
  • Model ‘pertengahan’ Street Triple R, bercirikan fork boleh laras sepenuhnya Showa dan penyerap hentakan belakang tunggal, angkup brek hadapan Brembo 4.32 Monobloc, tanpa quickshifter. Ianya juga dilengkapi dengan paparan TFT, namun tiada mod TRACK dan pemasa pusingan. Enjinnya mampu menghasilkan sehingga 116hp.
  • Model Street Triple S dilengkapi dengan fork yang tidak boleh dilaras Showa yang standard, penyerap hentakan belakang boleh laras pra-muatan sahaja Showa, angkup brek hadapan dua omboh Nissin, serta gugusan instrumen yang diambil dari pendahulunya, Street Triple 675. Dilengkapi dengan dua mod penunggangan, ROAD dan RAIN. Enjinnya telah ditala bagi menghasilkan sehingga 111hp.

Ianya mudah untuk kita anggap yang varian S ini sebagai model tahap mulaan, namun, model ini sebenarnya dibina bagi penunggang yang inginkan motosikal kegunaan harian tanpa sebarang kelengkapan-kelengkapan tambahan yang mewah. Tetapi, adakah ia bermakna yang motosikal ini telah mengkompromikan keseronokkannya?

Ketinggian pelana motosikal Street Triple S ini rendah sedikit berbanding model RS, membolehkan penulis untuk meletakkan kedua-dua belah kaki dengan mudah mencecah lantai. Posisi duduknya meletakkan anda dalam kedudukan berlumba yang baik tanpa menyebabkan anda berasa tidak selesa dan ke semua bahagian kawalannya dalam capaian jari-jari anda.

Sewaktu pemecutan merentasi gearnya, anda akan mendapat ada deruman tambahan dari bahagian bawah tangki dan lolongan dari ekzosnya, namun, ianya cukup senyap sekali sewaktu dalam kelajuan bersiar dengan pendikit yang stabil pada mana-mana kelajuan sekali pun.

Bercakap mengenai pemecutannya, motosikal Street Triple S ini mempunyai rasa yang lebih langsung padanya. Pulas sahaja pendikitnya dan agresif dan enjinnya akan bertindak balas dengan setara, mempamerkannya kuasanya.

Bagi memintas kenderaan yang lain, hampiri kenderaan tersebut dan pulas pendikitnya apabila tiba masanya. Motosikal Street Triple S ini akan meluncur laju ke hadapan tanpa ragu-ragu. Kekalkan kedudukan pulasannya dan lampu yang berwarna biru atas pemaparnya akan mula menyala satu persatu sehingga kelima-lima menyala, ke semuanya berkelip dengan serentak. Tiba masa untuk menukar gear, dan ianya melakukannya tanpa sebarang masalah. Bagaimana pun, anda tidak perlu meluru melalui keseluruhan gearnya jika anda tidak mahu. Anda boleh membiarkan kitarannya jatuh sehingga atas sedikit daripada 2,000rpm pada gear keenam dan motosikal itu akan masih meluru pantas dengan satu pulasan keras pendikit.

Dari segi pengendalian, motosikal Street Triple S ini mengingatkan kami tanpa sebarang keraguan yang rangkaian motosikal Street Triple ini telah diterapkan dengan pengendalian yang hebat dari model pertamanya lagi. Motosikal ini kekal stabil namun, pada masa yang sama, bersedia membawa anda ke mana sahaja yang anda inginkan. Ia terasa seperti menunggang sebuah motosikal 250cc dengan tiga kali ganda kuasanya. Anda pasti akan terhibur dengan kebolehannya sewaktu menangani lalulintas, menerpa masuk selekoh tajam atau pun meluncur laju selekoh yang lebih panjang. Walaupun dilitupi dengan tayar Pirelli Rosso Corsa, ia mampu menangani penunggangan dalam hujan. Tidak sekali pun tayarnya tergelincir, walaupun sewaktu kami menunggangnya dalam mod penunggangan ROAD.

Suspensi bagi kedua-dua bahagian hadapan dan belakangnya lebih lembut berbanding model RS, namun, bonggol yang besar dan lubang yang dalam akan menyebabkan hentakan yang besar. Di atas litar, aturcara standard menyebabkan ‘feeler’ tempat letak kaki tersentuh dengan lebih awal, namun, di atas jalan raya, ia memerlukan penyelekohan yang benar-benar komited(erti kata lain, pada kelajuan yang tinggi) bagi menyentuhkannya ke tarmac.

Akhir sekali, brek Nissin motosikal ini cukup kuat tetapi ia perlu dikerjakan dengan lebih keras, semakin jauh anda menariknya.

Sebagai kesimpulannya, motosikal Triumph Street Triple S ini adalah motosikal ulang alik dan tunggangan hujung minggu yang menakjubkan, walaupun tanpa kelengkapan-kelengkapan yang lebih mewah. Dalam tangan yang mahir, ia akan menghukum kebanyakan motosikal yang lain apabila jalannya lebih berselekoh. Tambahan pula, motosikal Street Triple S ini mesra penunggang dan praktikal untuk pelbagai kegunaan.

Jadi, berbeza tidak bermakna ianya tidak elok.

SPESIFIKASI TEKNIKAL

Enjin
Engine type Liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valves-per-cylinder, inline-Triple
Compression ratio 12.65 : 1
Bore X Stroke 77.99 mm X 53.38 mm
Displacement 765 cc
Fuel system Multipoint sequential electronic fuel injection
Maximum power 111 bhp (83.1 kW) @ 11250 RPM
Maximum torque 73 Nm @ 9100 RPM
Transmisi  
Clutch Wet, multi-plate
Gearbox 6-speed
Casis
Front suspension Showa 41 mm upside-down separate function forks, 110 mm travel
Rear suspension Showas piggyback reservoir monoshock, adjustable for preload, 124 mm travel
Front brakes Twin 310 mm floating disc, two-piston Nissin sliding calipers
Rear brake Single 220 mm fixed disc, single-piston Brembo sliding caliper
ABS Dual-channel ABS
Front tyre 120/70-ZR17
Rear tyre 180/55-ZR17
Kerangka & Dimensi
Frame Front – Aluminium twin spar beam; Rear – 2-piece high pressure die cast
Trail 104.3 mm
Rake 24.8o
Wheelbase 1410 mm
Seat height 810
Kerb weight 166 kg
Fuel capacity 17.4 litres

GALERI GAMBAR

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]