Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ECTM), telah mengumumkan yang NISSAN Serena 2.0L S-Hybrid serba baru kini boleh didapati dalam varian “Premium Highway Star”, dengan bahagian dalaman ‘Two-Tone’ eksklusif dan ciri-ciri premium tambahan.
Varian “Premium Highway Star” kini dilengkapi dengan rekaan ‘Two-Tone Colour’, dan juga ciri-ciri bahagian dalaman premium seperti ‘Combination Leather Seats’ dalam pilihan warna ‘Two-Tone Truffle Brown’ dan ‘Chestnut’, atau ‘Single-Tone Black’, panel LCD 10.1 inci pautan siling, ‘Tech-on Tray Mat’, Perakam Video Pemanduan (Driving Video Recorder – DVR), dan Lampu Dalaman LED; manakala roda aloi ‘Diamond Cut’ 16 inci, ‘Door Visor’, tinta ‘V-KOOL 4Mil Film Tinting’, dan ‘ThreeBond Ultra Glass Body Coating’, melengkapkan lagi bahagian luaran NISSAN Serena serba baru ini dengan ciri-ciri dan aksesori idaman setiap pemilik kenderaan MPV.
NISSAN SERENA 2.0L S-HYBRID PREMIUM HIGHWAY STAR | ||
Additional Features and Accessories | Exclusive Two-Tone Exterior Colours |
|
· Combination Leather Seats (Two-Tone Truffle Brown/Chestnut or Single-Tone Black)
· 10.1-inch Roof-Mounted LCD Panel · Tech-on Tray Mat · Driving Video Recorder (DVR) · LED Room Lamp · 16-inch Alloy Wheels · Door Visor · V-KOOL 4Mil Security Film Tinting · ThreeBond Ultra Glass Body Coating |
· Imperial Umber (Roof) Cashmere Gold (Body)
· Diamond Black (Roof) Tungsten Silver (Body)
· Diamond Black (Roof) Brilliant White (Body)
|
Harga anggaran bagi NISSAN Serena 2.0L S-Hybrid adalah seperti di bawah
NISSAN SERENA 2.0L S-HYBRID | |
Highway Star | Di Bawah RM140,000 (tanpa insurans) |
Premium Highway Star | Di Bawah RM155,000 (tanpa insurans) |
NISSAN Serena 2.0L S-Hybrid kini dibuka untuk tempahan dengan penghantaran rasminya dijadualkan pada bulan Mei. Ia didatangkan dengan Waranti Perbatuan Tanpa Had 5 Tahun, dan disertakan dengan Perkhidmatan Penyelenggaraan 3 Tahun atau 60,000km (yang mana tiba dahulu). Tambahan pula, 500 kenderaan berdaftar yang pertama juga akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM500.
Pandu uji NISSAN Serena 2.0L S-Hybrid serba baru ini, MPV nombor 1 Jepun* di acara Pratonton Eksklusif ETCM yang diadakan di bilik pameran terpilih pada dua hujung minggu ini (14 hingga 15 April dan 20 hingga 22 April 2018), bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam.
Tarikh dan tempatnya adalah seperti berikut:
Tarikh | Wilayah | Tempat |
14 – 15 April | Tengah | ETCM Glenmarie, Selangor |
ETCM Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur | ||
Utara | ETCM Butterworth, Penang | |
ETCM Ipoh, Perak | ||
Selatan | ETCM Johor Jaya, Johor Bahru | |
ETCM Seremban, Negeri Sembilan | ||
Pantai Timur | ETCM Kuantan, Pahang | |
Sabah dan Sarawak | ETCM Kota Kinabalu, Sabah | |
ETCM Kuching, Sarawak | ||
20 – 21 April | Utara | ETCM Alor Setar, Kedah |
Pantai Timur | ETCM Kota Bharu, Kelantan | |
21 – 22 April | Tengah | ETCM Petaling Jaya, Selangor |
ETCM Southgate, Kuala Lumpur | ||
Utara | ETCM Bayan Lepas, Penang | |
Selatan | ETCM Batu Pahat, Johor Bahru | |
ETCM Melaka, Melaka | ||
Sabah dan Sarawak | ETCM Sandakan, Sabah | |
ETCM Miri, Sarawak |
Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang rasmi Nissan Malaysia atau menghubungi Talian Khidmat Pelanggan ETCM di talian 1800-88-3838 untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar untuk tempahan. Mengikut terma dan syarat.
*MPV saiz sederhana terlaris Jepun (Januari hingga Mac 2018)