ads

Ducati Akan Dijual SEKALI LAGI?

  • Menurut khabar angin yang baru tersebar, besar kemungkinan Ducati akan berpindah milik sekali lagi.
  • Berita ini muncul semula setelah Volkswagen Group melantik Ketua Pegawai Eksekutif mereka yang baru, Herbert Diess, juga dikenali dengan nama timangan “The Cost Killer”.
  • Matlamat utama Diess adalah untuk memastikan keseluruhan operasi perniagaan VW berada di haluan yang sebenar bagi tahun 2018.


Kita sudah menghampiri pertengahan tahun 2018 dan kini, desas desus mengenai penjualan Ducati telah timbul kembali. Menurut beberapa buah kumpulan berita, khabar angin ini bertiup kembali kerana Volkswagen baru sahaja melantik Ketua Pegawai Eksekutif mereka yang baru pada minggu lalu, iaitu Herbert Diess.

Herbert Diess

Di mana kebanyakan berita yang berkaitan dengan pertukaran pengurusan tidaklah terlalu menggemparkan dalam dunia berita permotoran, ianya berbeza bagi Diess. Dengan nama timangan “The Cost Killer”, Volkswagen memilih Diess sebagai sebahagian daripada usaha mereka membuat rombakan korporat besar-besaran bagi meningkatkan fokus dan juga kecekapan.

Dia juga dikenali ramai atas kebolehannya yang hebat dalam mengurangkan perbelanjaan syarikat dan memastikan perbelanjaan mereka kekal dalam peruntukan belanjawan syarikat (bersesuaian dengan nama gelarannya itu). Kebanyakan dari anda sudah pun maklum yang Volkswagen sedang berusaha mendapatkan semula dana mereka dengan mencari pembeli yang sesuai bagi jenama Ducati mereka pada tahun lalu.

Volkswagen plans to Sell Ducati for 1.5 billion Euros!

Beberapa buah syarikat telah didekati bagi merealisasikan hasrat ini. Dari Harley-Davidson hinggalah ke pengeluar dari India, Bajaj Auto Limited, namun, ianya tidak diteruskan apabila VW Group mengalami peningkatan jualan yang memberangsangkan sebanyak RM3 Billion pada tahun 2016, yang mana ianya telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak pengurusan korporat dan wakil pekerja.

Berbalik semula kepada Diess. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru bagi Volkswagen Group, Diess mempunyai rancangan yang besar bagi memperkemaskan keseluruhan operasi perniagaan VW yang pada waktu ini berada di bawah naungan mereka. Ke semua jenama kereta akan disusun semula untuk meningkatkan kecekapannya manakala jenama bukan kereta seperti trak diesel MAN dan Ducati akan diteliti senarionya satu persatu.

Walau apa pun, kita hanya akan dapat menanti langkah Volkswagen yang seterusnya, sama ada mereka akan meneruskan pelaburan mereka dengan Ducati atau pun menjualnya kepada pembida tertinggi. Jika ia terjadi, sudah pasti ianya satu tindakan penuh kontroversi, lebih-lebih lagi dengan pelancaran terbaru motosikal terbaru dan tercanggih mereka, Ducati Panigale V4 2018. Buat masa ini, kita hanya boleh tunggu dan lihat sahaja.

Perhimpunan Mega Panigale Kingdom Tahunan Kali Ke-3 2018

Leave a Reply