Kawasaki Z900 ABS 2018 Kini Dengan Warna Baru

  • Pilihan warna yang baru bagi motosikal Kawasaki Z900 ABS 2018 kini sudah sedia untuk tempahan.
  • Skema warna Metallic Green Black akan mula tersedia dari 16 April 2018 bersama dengan tiga pilihan skema warna yang sedia ada.
  • Motosikal Z900 standard berharga RM49,158, manakala bagi varian Special Edition pula telah ditetapkan pada harga RM50,959 (harga asas beserta GST).

Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) dengan bangganya telah mengumumkan bahawa motosikal Kawasaki Z900 ABS 2018 akan disediakan dalam satu skema warna yang serba baru. Warna yang baru itu bergelar “Metallic Green Black”, dan akan mula disediakan dari 16 April 2018.

Pilihan warna yang baru itu telah diperkenalkan atas sebab sambutan yang teramat hangat bagi model ini. Pilihan warna yang sedia ada, iaitu Standard Grey dan Green, Special Edition Metallic Blue dan Metallic Red, dianggap ramai sebagai jentera naked berprestasi tinggi muktamad.

Bagi mereka yang berminat untuk memiliki motosikal Kawasaki Z900 ABS ini perlu mengetahui yang enjin sejukan cecair, empat selari 948ccnya itu menghasilkan sehingga 123hp pada 9,500rpm dan 98.6Nm tork maksimum pada 7,700rpm. Ini membolehkan prestasi pemecutan yang hebat di samping kemuncak kelajuan tertinggi yang mengujakan.

Ciri-ciri yang lain termasuklah fork terbalik 41mm, suspensi pautan belakang melintang, ABS dwi saluran, angkup empat omboh berkembar yang dipautkan kepada cakera kelopak 300mm, klac ‘assist and slipper’, dan pelbagai lagi kelengkapan yang menakjubkan.

Untuk harganya pula, model Standard telah ditetapkan pada harga RM49,158, manakala bagi Special Edition pula harganya adalah RM50,959 (harga asas beserta GST).

Diuji: Kawasaki Z900 ABS 2017 & Z900 ABS SE – “Jembalang Kelajuan”

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]