DRB-HICOM Commercial Vehicles Lancarkan Tata Super Ace Dan Rangkaian Kenderaan Komersial Ultra Di Malaysia

Tata Motors, pengeluar kenderaan komersial terbesar India, bersama dengan pengedar sahnya di Malaysia, DRB-HICOM Commercial Vehicles Sdn. Bhd. (DHCV), baru-baru ini telah melancarkan Tata Super Ace dan rangkaian kenderaan komersial Ultra di Malaysia. Kenderaan-kenderaan ini telah direka untuk pelanggan kenderaan komersial moden, dengan prestasi yang lebih baik, kabin berkelas dunia, kapasiti mengangkut muatan yang tinggi, dan tatarajah muatan badan yang fleksibel.

Tata Super Ace – Tata Super Ace ialah trak mini 1 tan dari Tata Motors, bagi kegunaan pengangkutan dalam mahu pun di antara bandar. Dijana secara optimal oleh sebuah enjin diesel 1,405cc, serta digabungkan dengan rekabentuk badan yang baru dan teknologi terkini, Tata Super Ace ini akan menawarkan kepada pengguna dengan satu peluang untuk memulakan perniagaan impian mereka dengan satu pelaburan yang sangat kecil. Trak Tata Super Ace ini didasarkan daripada trak mini popular, Tata Ace, dari Tata Motors. Dengan lebih satu juta unit terjual sejak ianya mula dilancarkan pada tahun 2005, trak Tata Ace adalah sebuah produk yang revolusinari dan merupakan hasil pemahaman Tata Motors tentang pasaran dan pengguna.

Trak Tata Ace telah menjadi trak pilihan bagi pengangkutan perbatuan terakhir yang telah pun berada di 28 buah negara di seluruh Asia Selatan, Afrika dan negara Asia Tenggara. Trak Tata Super Ace boleh dikhususkan untuk pelbagai operasi perniagaan berskala kecil, untuk pengangkutan bahan pembinaan, makanan, bijirin, FMCG, atau didiubahsuai menjadi trak makanan, trak ais krim atau ruang simpanan mobil atas roda.

Rangkaian kenderaan komersial Ultra Tata – Berdasarkan sebuah kombinasi parameter prestasi bertaraf dunia, dengan tahap keteguhan dan keboleharapan yang dipertingkatkan di atas platform Ultra ini, rangkaian ini akan membolehkan Tata Motors untuk menetapkan tanda aras baru dalam segmen kenderaan komersial pertengahan di Malaysia. Gabungan keselesaan pemandu, kapasiti angkutan bebanan yang besar dan keselamatan, beserta dengan kos jangka hayat yang terbaik, menjadikan tawaran terbaru dari Tata Motors ini serba boleh untuk pelbagai penggunaan.

Ultra 814 menawarkan tahap keteguhan dan keboleharapan yang dipertingkatkan di atas platform Ultra. Ia dijana oleh enjin NG 3.0 Lt. CRDI generasi baru yang digandingkan dengan transmisi generasi yang berikutnya. Boleh didapati dalam 4.5T Payload beserta pilihan badan terbesar 5.5M, Tata Ultra memberikan kepada pengguna fleksibiliti sepenuhnya, untuk pelbagai keperluan perniagaan. Semua ini menjadikan trak Ultra 814 sebagai satu aset yang boleh diharap dan penyelesaian paling cekap untuk keuntungan perniagaan yang optimum. Trak Ultra 1014 pula menawarkan masa pusingan semula yang lebih pantas dan keuntungan yang dipertingkatkan bagi mana-mana perniagaan pengangkutan barangan, menjadikannya jentera ideal bagi menggerakkan bahan merentasi jarak.

Penjana bagi trak 1014 ialah enjin NG 3.0Lt terkini dengan keluaran kuasa sebanyak 140hp, transmisi generasi baru dengan perumah aluminium – kotak gear overdrive G-550, 6 kelajuan, dengan mekanisma ‘cable-shift’ dan teknologi gandar, dan berat yang dikurangkan, memastikan prestasi yang lebih baik dan kecekapan bahanapi yang lebih hebat untuk muatan yang pelbagai. Jarak antara roda yang lebih panjang sebanyak 4530 mm menjadikan trak Tata Ultra ini sebagai Kenderaan Utiliti Perniagaan yang sempurna, sesuai untuk penggunaan perniagaan yang pelbagai seperti FMCG, barangan runcit, dan yang lain-lain.

Berucap di acara berkenaan, Ketua Pegawai Operasi, Pengedaran Automotif, Pertahanan dan Pengilangan & Kejuruteraan DRB-HICOM, Dato’ Abdul Harith Abdullah berkata, pelancaran itu adalah satu mercu tanda penting buat Kumpulan tersebut dalam mendapatkan tapak di dalam pasaran CV yang semakin berkembang di Malaysia.

“Dengan produk terbaru yang diperkenalkan hari ini, yang mana telah ditetapkan pada harga yang berdaya saing dengan ciri yang lebih hebat, kami berasa amat yakin yang ianya akan mendapat perhatian di kalangan pengguna sasaran kami dalam masa terdekat. Pengalaman mendalam DHCV dalam bidang pengimportan, pemasangan, dan pengedaran jenama luar negara dalam Malaysia telah diketahui ramai sejak 1979.”

“Pengetahuan mengenai pasaran tempatan, digandingkan dengan jaringan pengedaran yang kuat di seluruh negara adalah sangat penting untuk kejayaan kami setakat ini. Bersama rakan kerjasama kami, Tata Motors, kami yakin akan dalam meninggalkan kesan yang mendalam bagi kategori kenderaan komersial terpilih dan dengan itu, mengaut sebahagian pasaran sedikit demi sedikit dalam pasaran yang amat berdaya saing ini. Keadaan ekonomi dijangka akan berkembang pesat pada tahun ini yang mana merupakan satu petanda baik bagi usahasama kami dengan Tata Motors.”

Dato’ Harith turut menambah yang mereka berasa amat yakin mengenai penerimaan pasaran bagi varian terkini Ultra, terutamanya untuk model Tata Super Ace yang dijangka akan mendapat sambutan hangat di kalangan pemilik perniagaan kecil di seluruh Malaysia.

Mengulas mengenai pelancaran tiga buah kenderaan komersial terbaru ini, Encik Rudrarup Maitra, Ketua – Kenderaan Komersial, Perniagaan Antarabangsa, Tata Motors, berkata, “Malaysia merupakan salah sebuah pasaran utama kami di Asia Tenggara dan kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada negara ASEAN yang paling pesat membangun. Rakan yang penting dalam keberadaan kami di sini, DRB-HICOM, telah mempamerkan kesungguhan yang memberangsangkan dan semangat bertahun lamanya. Kami amat bersukacita untuk membangun bersama dan mengembangkan portfolio kami dalam pasaran ini. Kami berbesar hati dapat membawa tiga buah kenderaan komersial yang baru ini masuk ke pasaran Malaysia pada hari ini.”

DHCV dan Tata Motors telah mengatakan bahawa mereka akan terus meneliti potensi dan keinginan pengguna yang baru, dan menjalankan kaji selidik untuk varian produk baru bagi mengekalkan pertumbuhan dan pengembangan mereka dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Pengguna di Malaysia pada masa ini telah mendapat perkhidmatan daripada jaringan 24 wakil pengedar yang terletak di lokasi strategik dan bandar-bandar utama, di seluruh negara. DHCV mensasarkan untuk mengembangkan capaian ini seiringan dengan peningkatan jualan dan pasaran.

Untuk mendapatkan senarai harga penuh bagi kenderaan komersial Tata yang baru ini, TEKAN SINI.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]