Rolls-Royce Cullinan – The Final Challenge! [+Video]

Tiga tahun selepas bermulanya program ujikaji yang menjerihkan yang telah menyaksikannya menakluki setiap pelusuk dunia, sama ada cuaca sejuk membeku, hinggalah ke padang pasir yang panas membahang, kereta Rolls-Royce Cullinan akan menjalani ujian “The Final Challenge” bagi membuktikan slogannya, “Effortless Everywhere” di mata orang ramai. Dalam satu kerjasama yang diadakan buat kali pertama, Rolls-Royce dan National Geographic akan berganding bahu bagi menyiarkan filem dan gambar yang akan dikemaskini setiap hari sewaktu kereta Cullinan tersebut menjalani cabaran di wilayah Utara Eropah, Timur Tengah, dan Amerika Syarikat buat kali terakhirnya sebelum kemunculannya pada lewat tahun ini.

Kereta Rolls-Royce Cullinan ini akan mengabadikan segala nilai dan kebolehan yang memacu kedua-dua pengasas Rolls-Royce, The Honourable Charles Rolls dan Sir Henry Royce, bagi mengukuhkan reputasi jenama tersebut pada awal abad yang lalu, di mana mereka merangkul kemenangan dalam kembara awam yang mencabar seperti “Scottish Reliability Trials”, acara “London to Edinburgh” dan juga “Alpine Trials”.

“The Final Challenge telah bermula di Tanah Tinggi Scotland pada hari Rabu, 4 April 2018 dan akan disiarkan di atas platform media sosial oleh National Geographic dan Rolls-Royce sewaktu ia meneruskan pengembaraannya melalui medan salji Alp di Austria, padang pasir gersang di Timur Tengah, dan akhir sekali merentasi muka bumi paling mencabar di Amerika Syarikat. Ianya akan merangkumi beberapa cabaran ‘off-road’ dan permukaan bumi yang kasar berbatu-batu jauhnya.

Kereta Rolls-Royce Cullinan dan krunya itu akan ditemani pada “The Final Challenge ini oleh jurugambar dan juga penjelajah terkemukan, Cory Richards (di atas), penyandang anugerah “National Geographic’s Adventurer of the Year” bagi tahun 2012. Pasukan National Geographic akan medokumentasikan perjalanan tersebut dengan penyiaran kemaskini harian dari lokasi terpencil yang menakjubkan, di mana sahaja dia dan krunya berada.

“Saya telah berjanji pada orang ramai pda tiga tahun yang lalu yang saya akan menyertakan mereka dalam pembangunan dan ujikaji bagi kereta Rolls-Royce Cullinan ini, dan saya akan terus mengotakan janji tersebut dengan menjadikan “The Final Challenge” satu ujikaji awam,” ujar Torsten Müller-Ötvös, Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce. Orang ramai dan pelanggan pada zaman ini akan melihat Rolls-Royce dari sudut yang baru apabila Cullinan mendemonstrasikan betapa serba bolehnya sebuah Rolls-Royce. Dan dalam masa beberapa bulan, pelanggan kami akan dapat menikmati kebolehan ini sendiri apabila mereka memandu kereta Rolls-Royce yang amat menawan hati ini yang “Effortless, Everywhere.”

Penggemar dan peminat boleh mengikuti pengembaraan “The Final Challenge” Rolls-Royce Cullinan ini di www.nationalgeographic.com/rollsroycecullinan dan di akaun media sosial Rolls-Royce, dan juga di www.Rolls-RoyceMotorCars.com.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply