- Motosikal konsep BMW R1250 Global Sport Concept ini telah direka oleh Oberdan Bezzi.
- Direka sebagai sebuah jentera kembara yang lebih sporty, motosikal BMW R1250 ini mempunyai gaya yang lebih agresif dan lebih rendah.
- Dijana oleh enjin boxer sejukan udara 1,250cc, meredahi mana-mana muka bumi akan menjadi lebih mudah dan pantas.
Dalam dunia motosikal kembara, terdapat begitu banyak calon yang boleh memenuhi keperluan tersebut, namun, tiada yang boleh melakukannya sebaik BMW Motorrad bersama dengan rangkaian serba berkebolehan mereka,iaitu rangkaian motosikal GS. Dari sewaktu ianya mula diperkenalkan sehinggalah ke hari ini, terdapat bermacam-macam model GS untuk sesiapa sahaja yang inginkan sebuah jentera kembara yang sempurna yang boleh membawa mereka ke mana sahaja.
Pada minggu lalu, seorang pereka grafik yang bernama Oberdan Bezzi telah memperkenalkan sebuah model yang amat berbeza gayanya bagi rangkaian GS. Diberi nama BMW R1250 Global Sport Concept, ianya satu gabungan kreatif beberapa buah jenis motosikal yang berbeza yang mempunyai gaya yang lebih agresif dan lebih rendah (namun, kami juga perasan akan persamaannya dengan motosikal Honda NC750X).
Motosikal BMW R1250 Global Sport Concept ini dikatakan dijana oleh enjin ‘boxer’ sejukan udara 1,250cc. Di mana enjin ‘boxer’ berkembar 1,170cc yang boleh didapati pada motosikal GS semasa telah dikatakan mampu memberikannya kebolehan kembara di antara yang terbaik pada waktu ini, enjin yang lebih besar itu dihasilkan bagi sebuah jentera yang lebih sporty dan berkuasa bagi mengatasi jentera-jentera yang lain.
Walaupun tiada sebarang petanda sama ada BMW Motorrad akan mengadaptasikan gaya jentera ini dalam rangkaian GS yang senantiasa bertambah, para peminat pasti tetap berasa yakin dengan kebolehan motosikal BMW F 750 GS dan F 850 GS 2018 dalam menangani sebarang bentuk muka bumi dan meningkatkan lagi kemampuan pengembaraan penunggangnya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal BMW F750 GS dan F 850 GS, tekan pautan yang ada di bawah ini!
BMW F 750 GS Dan F850 GS 2018 – Motosikal Kembara Kelas Pertengahan Premium Untuk Rakyat Jelata