- Sebuah syarikat dari Sweden, Cake, telah mencipta motosikal Cake Kalk, sebuah motosikal off-road elektrik yang merupakan gabungan sebuah basikal ‘mountain bike’ dan sebuah jentera motocross.
- Dengan berat hanya 70kg, motosikal ini dapat merentasi jarak sejauh 80km pada kelajuan tertinggi 80km/j.
- Setiap satu motosikal edisi terhad ini berharga €14,000 (RM67,164).
Sebut sahaja ‘Cake’ (kek), kita pasti akan menghubungkaitkannya dengan sejenis manisan yang dihidangkan dinikmati sewaktu sambutan keraian atau hari lahir. Tetapi, tahukah anda, Cake juga merupakan nama sebuah syarikat dari Sweden yang telah berjaya menghasilkan sebuah hibrid antara sebuah basikal ‘mountain bike’ dan jentera motocross elektrik?
Jentera tersebut diberi nama Kalk, atau Cake Kalk, dan ianya cukup menakjubkan. Jentera ini telah dibina bukan untuk menyaingi mana-mana pengeluar motosikal elektrik yang lain, ianya bertumpukan semata-mata kepada keseronokan menunggang yang sejati. Dengan pendekatan minimalistik dan skema warna putih yang mulus (yang jika difikirkan kembali, agak kurang sesuai untuk penunggangan ‘off-road’), ianya salah satu daripada pelbagai contoh masa hadapan permotosikalan.
Motosikal elektrik sepenuhnya ini hanya seberat 70kg dan mampu merentasi jarak sejauh 80km dengan satu cas penuh bateri. Dengan kelajuan tertinggi 80km/j, ianya lebih dari mencukupi bagi mengujakan mana-mana penunggang dalam apa jua situasi. Tambahan pula, ianya baik untuk alam sekitar, jadi, anda yang mementingkan alam sekitar tidak perlu risau tentang meninggalkan jejak karbon yang besar sewaktu menunggangi motosikal ini sewaktu menunggangnya bagi menikmati keindahan alam yang bersih.
Ianya dapat dilakukan atas jasa motor elektrik yang mampu menghasilkan sehingga 16hp dan 42Nm tork. Bagi memacu sebuah motosikal yang hanya seberat 70kg, ianya satu jumlah kuasa yang agak baik. Ianya terhasil oleh kerana penggunaan kerangka aluminium berteknologi terkini serta bahagian plastik yang diterapkan dengan karbon fiber untuk menjadikannya ringan dan berdaya tahan.
Ciri istimewa yang lain termasuklah tayar buatan khas istimewa, pakej suspensi boleh laras sepenuhnya Ohlins, dan angkup brek ‘four-port’ 220mm bagi bahagian hadapan dan belakang, beserta pelbagai kelengkapan-kelengkapan menarik yang lain. Dengan segala kelengkapan yang canggih ini, anda pasti sudah ingin tahu harganya bukan? Bersiap-sedialah.
Pra-tempahan bagi 50 buah motosikal pertama telah pun habis terjual, di mana setiap satu daripada motosikal ini dijual pada harga €14,000 (termasuk deposit pra-tempahan €1,000). Walaupun motosikal elektrik ‘off-road’ ini boleh dihantar secara percuma ke seluruh dunia, jumlah harga itu jika ditukar pada matawang kita akan mencecah sehingga RM67,164!
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layarilah laman sesawang www.ridecake.com.
Pasukan Manakah Yang Akan Bertanding Dalam MotoE World Cup 2019?