Tunggang Uji Triumph Tiger 800 XCx 2018

Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah

  • Motosikal Triumph Tiger 800 XCx 2018 baru sahaja dilancarkan pada awal bulan ini (Mac 2018).
  • Walaupun ianya kelihatan tidak jauh berbeza dari sebelumnya, Triumph telah melaksanakan beberapa kemaskini yang menakjubkan.
  • Motosikal Triumph Tiger 800 XCx ini telah ditetapkan harganya pada RM74,900 (harga asas beserta GST), namun, motosikal tahap mulaan yang lebih sesuai untuk kegunaan jalan raya, Tiger 800 XR telah ditetapkan pada harga hanya RM56,900 (harga asas beserta GST).

Selain daripada membaca mengenai motosikal dan naskhah teknikal, saya gemar akan sains fiksyen, atau pendeknya, sci-fi. Saya pernah menggemari novel seram, namun, semenjak itu saya mendapati yang sci-fi memaksa kita untuk mendalami diri kita sendiri apabila berhadapan dengan kekaguman kita dengan teknologi.

Terdapat banyak karya yang hebat. Salah satu daripadanya hasil karya Ted Chiang, “The Story of Your Life”, yang kemudiannya telah diadaptasi menjadi filem “Arrival”. Namun, bagi penulis karya yang lebih terkesan dan penting adalah hasil tulisan ahli astronomi terkemuka, mendiang Carl Sagan. Dia telah menulis sebuah buku bertajuk “Contact”, yang menjadi asas sebuah filem dengan nama yang sama, lakonan Jodie Foster dan Matthew McConaughey.

Dalam buku tersebut, ianya telah mengisahkan kesan kejadian di mana seorang lelaki yang menerima satu mesej dari makhluk asing, terdapat satu bait kata penting yang telah menjadi satu petikan kata kegemaran ahli fizik dan astronomi termasuklah Michio Kaku dan Neil Degrasse Tyson dalam menggambarkan kesetaraan teknologi antara ‘mereka’ dan kita.

Kami bernasib baik dapat menunggang jentera Triumph Tiger 800 XCx terkini sebelum pelancarannya sewaktu “The Greatest Triumph Malaysia Grand Dinner” di Bukit Tinggi baru-baru ini, dan tanggapan awalnya telah memikat hati ke semua warga media permotoran.

Kami ter’angau’kan motosikal Tiger 800 XCx sejak tunggangan kali pertama itu. Ada sesuatu mengenainya yang terasa amat mengalukan dan menggamit kami. Adakah ianya keyakinan yang diperagakan? Rupa parasnya? Bunyinya?

Susur galur keluarga motosikal Tiger 800 XCx adalah daripada salah sebuah motosikal kegemaran peribadi penulis, sejak penulis menunggang model tahun 2015-nya ke Taman Negara Khao Sok di Thailand bersama dengan gerombolan RATPack. Kehebatan motosikal tersebut pada masa itu, malah, sehingga baru-baru ini, tiada tandingannya. Saya mula tertanya-tanya bagaimana Triumph akan mempertingkatkan lagi model generasi keempat yang baru ini. Sejujurnya, saya bimbang yang motosikal Tiger 800 telah mencapai kemuncaknya.

Mereka berjaya melakukannya. Triumph berjaya mempertingkatkan lagi motosikal Tiger 800 yang sudah cukup hebat itu.

Pertama sekali, mereka berjaya menjadikan motosikal terbaru ini kelihatan lebih segar dan menarik tanpa perlu merombaknya sama sekali. Lirikan mata yang terpesona akan kecantikannya adalah pandangan yang biasa kami lihat di mana sahaja motosikal ini berhenti. Walaupun ia tampak amat serupa dengan pendahulunya, masih ada banyak perbezaannya di keseluruhan motosikal ini. Terdapat sebuah penghadang angin lutsinar yang besar dan boleh dilaras, skrin TFT berwarna lima inci baru, yang diterap dari rangkaian motosikal Street Triple RS, bersama dengan suis, kawalan bersiar yang dikemaskini (dengan hanya satu butang), Lampu Nyalaa Siang (DRL – Daylight Running Light) LED, brek Brembo, suspensi WP yang telah ditala semula, pelana ‘Triumph Comfort’, serta ekzos baru.

Kemaskini yang sebenarnya berlaku di bahagian enjin dan casis. Triumph telah merombak, mengemaskini, serta menggantikan lebih daripada 200 alat bagi kedua-dua bahagian ini.

Motosikal Tiger 800 XCx yang baru ini tampak lebih tinggi dari sebelumnya, mungkin kerana pelana barunya yang lebih tebal itu. Namun begitu, menjejakkan kaki ke tanah tidaklah sesukar yang disangka kerana motosikal ini mempunyai ‘pinggang’ yang ramping dan tongkat sisinya mudah untuk dicapai. Posisi duduknya juga tampak lebih santai, di mana palang pemegangnya telah digerakkan sebanyak 10mm lebih dekat kepada penunggang.

Paparan TFT-nya juga mudah untuk dibaca dalam semua keadaan pencahayaan dan membelek dan menukar menunya terasa semulajadi. Kami hanya mengambil masa lima minit sahaja untuk menyesuaikan diri dengannya.

Sebaik sahaja anda memegang palang pemegang motosikal ini dan mula menunggang, anda terasa dalam kawalan. Setiap input dikendalikan dengan bijak dan serta merta.

Fork WP yang telah dirombak semula itu membuatkan motosikal terasa amat stabil apabila digandingkan dengan roda hadapan 21 inci. Dan oleh kerana itu, roda hadapan tersebut seperti telah mencipta satu alur halimunan di atas jalan raya. Motosikal itu bukan sahaja akan menuju ke mana sahaja arah yang ditunjukkan, ia juga akan mengikuti garisan tersebut dengan sempurna sekali. Ia telah membuatkan bahagian hadapan motosikal edisi sebelumnya terasa agak “keawangan”. Namun, oleh sebab ketinggian penulis yang telah meletakkan berat saya di bahagian belakang, bahagian hadapannya terasa agak berat untuk membelok dan keras sewaktu menaiki bonggol. Mengurangkan redaman mampatan sebanyak tiga klik – bukan tiga putaran penuh, tetapi hanya dengan klik, klik, klik – telah mengubah motosikal Tiger ini menjadi sebuah ‘trail bike’ yang lancar dan mudah untuk dikemudi. Pada masa yang sama, ianya masih lagi amat stabil sama ada sewaktu bergerak dengan lurus, ataupun ketika mengiringkannya di selekoh. Jika ada sebarang kesangsian tentang memiliki motosikal dengan roda hadapan 21 inci, motosikal Tiger 800 XCx ini pasti dapat menghapuskan kegusaran itu.

Dan ianya cukup seronok untuk ditunggangi. Penulis bukannya orang yang aktif di waktu pagi, tetapi telah mendapati diri bangun seawal 4 pagi semata-mata untuk bersiap menunggang mendaki Genting Highlands bagi menikmati terbit matahari, selama tiga hari berturut-turut.

Penulis sebenarnya tidak gemar menunggang di atas lebuh raya Karak dalam keadaan gelap, tetapi, lampu hadapan motosikal Tiger 800 ini bernyala dengan terang sekali, menyinari jalan yang gelap. Belum lagi penulis sentuh lampu tinggi dan kabusnya itu! Keyakinan penunggang bertitik tolak daripada kebolehannya melihat arah yang dituju dan dengan adanya lampu-lampu tersebut banyak membantu, walaupun melalui kabus yang tebal sewaktu menuju ke tanah tinggi pada jam 5.30 pagi.

Semua orang sudah sedia maklum akan keadaan teruk jalan Genting. Motosikal Tiger 800 XCx ini tidak mempedulikannya, tidak kiralah sama ada bonggol, lubang, pasir, basah, jalur cat – semuanya diredah dengan bersahaja. Kebolehan untuk melakukan semua perkara ini agak membimbangkan pada mulanya, tetapi, sebaik sahaja ianya menyesuaikan diri, anda tidaklah perlu risau, dan berseronoklah!

Apa yang penulis benar-benar hargai adalah, penekanan Triumph dalam memberikan motosikal mereka tindak balas pendikit yang teramatlah lancar. Saya mencuba ke semua mod yang ada – SPORT, ROAD, RAIN, OFF-ROAD, dan OFF-ROAD PRO – Tiada satu pun di antara yang terasa agak mencengkam dari ‘off-throttle’, ‘mid-throttle’, sewaktu melepaskan pendikit mahu pun ketika memulasnya sehingga habis. Enjinnya kini lebih responsif, dan pada masa yang sama, dan tidak tergesa-gesa. Hebat.

Ciri pendikit tersebut ternyata hadir pada ke semua jentera Triumph, namun, ianya lebih istimewa di atas Tiger 800 ini, di mana para jurutera telah menanggalkan ‘backlash gear’ dari transmisinya.

Model Tiger 800 yang sebelum ini terasa seperti memiliki klac ‘slipper’, walaupun ia tidak dilengkapinya, memberikan sejumlah daya henti pembrekan enjin, bersama dengan kelancaran sewaktu anda memasuki selekoh dengan melepaskan pendikit. Pada motosikal Tiger 800 yang baru ini pula, gabungan pembrekan enjin dan ‘freewheeling’ cukup sempurna sekali, bagaikan transmisi mempunyai pengehad ‘back-torque’ kawalan komputer. Padahalnya, ianya tidak dilengkapi kelengkapan tersebut. Tahniah, Triumph!

Kemaskini pada bahagian enjinnya telah memberikan motosikal Tiger 800 ini pemecutan di mana sahaja dalam julat rev, dalam mana-mana gear. Kuasanya cukup lancar, linear, dan boleh dijangka. Tidak sekali pun ianya terasa seperti penunggang akan kehilangan kawalan dek kerana pecutan mengejut. Agihan kuasa yang boleh dijangka adalah idaman semua penunggang, termasuklah para penunggang professional (malah, ianya amat penting bagi penunggang professional), kerana, macam mana anda hendak menikmati keseronokan menunggang sekira risau yang motosikal itu mengikut kehendaknya sendiri apabila anda memulas pendikit?

Sewaktu saya menunggang secara santai ketika perjalanan yang pertama, saya tidak perlu menurunkan gear kurang dari gear tiga ketika memasuki selekoh paling tajam, dalam mod ROAD. Sewaktu tunggangan kali kedua, saya gunakan mod SPORT di atas Lebuh raya Karak dan mod ROAD ketika mendaki Genting. Cuacanya lebih jelas tanpa kabus dan saya berjaya menunggangi motosikal ini menyelusuri selekoh pada kelajuan yang lebih tinggi daripada apa yang saya jangka mampu dilakukan oleh sebuah motosikal kembara. Pada pagi yang ketiganya, saya menunggang dalam mod SPORT sehingga ke atas. Model XCx ini menangani selekoh bagaikan sebuah motosikal lumba yang berpalang pemegang tinggi, dan dengan kelebihan tidak perlu risau akan keadaan jalan raya.

Kami juga telah menunggang ujinya di atas litar tanah merah, dengan bantuan legenda sukan permotoran negara, “Foreman Oh” Kah Beng di sekolah penunggangan motocross dan ‘off-road’-nya, Most Fun Gym.

Dia memulakan ujian dalam mod OFF-ROAD PRO, di mana kawalan cengkaman dan ABS belakang dimatikan, dan ABS hadapan dibiarkan hidup. Terus sahaja dia melakukan aksi ‘powerslides’, menunggangnya menyelusuri selekoh di atas tanggul dan melompat. Dia kembali semula dan menukarnya ke mod OFF-ROAD, yang mana menghidupkan kembali semua kelengkapan bantuan. Dia cukup kagum sekali, “Kawalan cengkamannya tidak pernah mengganggu, ianya hanya terasa seperti enjinnya mengawalnya sedikit tetapi tidak memutuskan kuasa sama sekali. Ianya hebat!”

Berkenaan dengan pengendaliannya pula, “Motosikal ini mempunyai imbangan dan ‘footing’ yang cukup hebat – lincah dan stabil pada masa yang sama. Ianya bukanlah sesuatu yang dapat dicapai dengan mudah. Tambahan pula, bahagian pinggangnya yang ramping memberikan anda kebolehan untuk mengepitnya dengan lutut anda.” Satu bukti penekanan Triumph terhadap pengendalian dan bukannya kuasa semata-mata.

Gear pertama baru yang lebih pendek juga banyak membantu sewaktu kami menyusuri halangan ‘pylon’, dengan menggelinciri klac, dan bukannya mengerjakan pendikitnya.

Sewaktu anda berdiri di atas tempat letak kaki dan melihat ke bawah, apa yang dapat anda lihat hanyalah skrin TFT-nya sahaja, manakala tangki dan apit tiganya hilang dari pandangan mata. Ini bermakna yang motosikal ini telah menempatkan bahagian atas badan anda di atas tangki bahanapi, dan dengan itu, berat anda di atas tayar hadapan – dan ianya adalah posisi menunggang yang ideal untuk penunggangan ‘off-road’. Dan walaupun penunggangan secara berdiri dilakukan secara amnya sewaktu ‘off-road’, ia juga patut dilakukan ketika berada di atas jalan raya sewaktu anda berhadapan dengan halangan atau jalan yang teruk. Posisi menunggang ini boleh membantu anda dalam situasi tersebut.

Itulah serba serbi mengenai Triumph Tiger 800XCx. Ianya begitu hebat sekali sewaktu berada di atas jalan raya sehingga anda lupa yang ianya juga amat berkebolehan di atas tanah merah; dan kehebatannya di atas tanah merah membuatkan anda terlupa betapa bagusnya ia sebagai sebuah motosikal jalan raya.

Apabila saya menguji motosikal, selalunya ianya adalah dari titik A ke B, dan kemudiannya menunggang lagi bagi mendapatkan gambar-gambar yang menarik, dan kemudiannya, diparkir semula. Motosikal Tiger 800 XCx, pula, atas sebab gabungan posisi duduk yang direka baik, penghadang angin yang hebat, pelana yang teramatlah selesa dan keyakinan yang telah dipancarkannya, telah membuatkan diri membuak ingin selalu menunggangnya. Kami terima motosikal ini dengan bacaan 673km pada odometernya. 5 hari, 4 malam kemudian, sewaktu kami pulangkannya, bacaannya adalah 1550km. Rupa parasnya juga telah membuatkan penulis terpana akan kecantikannya.

Kekurangannya? Palang pemegangnya bergetar sekitar 5,000rpm, namun, dengan pantas kami ianya ‘hilang’ kerana kami tidak terganggu dengannya.

Cukup setakat inilah sebelum penulis terus menghamburkan pujian terhadap Triumph Tiger 800XCx ini. Terdetik dalam hati penulis untuk menamakannya “The Best Adventure Motorcycle”, tetapi, satu-satunya perkara yang menghalang penulis dari menggelarnya sebegitu adalah saudara yang lebih besar; Tiger 1200, yang belum kami uji lagi. Buat masa ini, ianya motosikal kembara pertengahan terbaik, tanpa tandingan.

Oh ya, petikan kata Carl Sagan yang manakah, tanya anda? “The artifacts of a sufficiently advanced extraterrestrial civilization would be indistinguishable from magic.”

Begitu hebatnya motosikal ini, petikan itulah yang terngiang-ngiang di telinga penulis sewaktu menunggangnya.

Spesifikasi Teknikal

ENGINE
Engine type Liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4 valves per cylinder, inline-Triple
Compression ratio 11.3 : 1
Bore X Stroke 74.0 mm X 61.9 mm
Displacement 800 cc
Fuel system Multipoint sequential electronic fuel injection
Maximum power 94 bhp (70 kW) @ 9,500 RPM
Maximum torque 79 Nm @ 8,050 RPM
TRANSMISSION  
Clutch Wet, multi-plate
Gearbox 6-speed
CHASSIS
Front suspension WP 43mm upside down forks, adjustable for compression damping and rebound damping, 220 mm travel
Rear suspension WP monoshock with piggyback reservoir, hydraulic preload adjustment,2 220 mm travel
Front brakes Dual 305 mm Brembo floating discs, dual Brembo two-piston sliding calipers
Rear brake Single 255 mm disc, Nissin single-piston sliding caliper
ABS ABS standard, swtichable on/off
Front tyre 90/90-21
Rear tyre 150/70-R17
FRAME & DIMENSIONS
Frame Tubular steel trellis frame
Swingarm Two-sided cast aluminium allow
Trail 93.5 mm
Rake 23.4 degrees
Wheelbase 1545 mm
Seat height 840 – 860 mm
Dry weight 205 kg
Fuel capacity 19 litres

Galeri Gambar

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]