- Rangkaian motosikal Royal Enfield Thunderbird X 2018 baru sahaja dilancarkan di India.
- Motosikal Thunderbird 350X dan 500X yang baru ini telah direka untuk generasi muda dengan perincian yang dilegapkan serta tangki bahanapi yang berwarna terang.
- Ditetapkan harganya bermula dari 156,000 INR (RM9,374), tiada lagi berita sama ada model Thunderbird terbaru ini akan disediakan bagi pasaran luar India.
Permintaan bagi motosikal moden klasik kini sedang meningkat dan lebih banyak pengeluar telah sedar akan trend ini. Salah sebuah pengeluar motosikal tertua dalam industri ini, Royal Enfield, telah muncul dengan satu strategi baru bagi memikat generasi yang lebih muda dengan tawaran terkini mereka, Royal Enfield Thunderbird X 2018.
Bercirikan rupa paras yang ringkas, moden dengan sedikit sentuhan retro, rangkaian Thunderbird X yang baru ini pasti akan menarik perhatian ramai, dan ianya barangkali antara motosikal Royal Enfield yang paling cantik sekali pada zaman sekarang. Model 350cc dan 500cc Thunderbird cukup terkenal di India dan dengan rangkaian Thunderbird X yang terbaru ini, ianya menekankan pada gaya dan ‘attitude’.
Tarikan utama pada motosikal Thunderbird X terbaru ini sudah pasti adalah pada tema ‘blacked-out’ dan pilihan tangki bahanapi yang berwarna terang bagi disuaikan dengan gaya dan personaliti anda. Dengan ekzos yang dilegapkan, fork hadapan teleskopik 41mm dan pelitup sisi, motosikal Thunderbird X ini dilengkapkan lagi dengan enjin satu silinder sejukan udara.
Varian 500cc menghasilkan 27.2hp pada 5,250rpm dan 41.3Nm tork pada 4,000rpm, manakala model 350cc yang lebih kecil menghasilkan 19.8hp pada 5,250rpm dan 28Nm tork pada 4,000rpm. Kedua-dua varian ini memacu keseluruhan kuasanya ke roda belakang menggunakan kotak gear manual lima kelajuan.
Palang pemegang rata yang baru memberikannya posisi menunggang yang lebih agresif, yang mana meningkatkan lagi tarikan ‘budak jahat’nya itu. Roda 19 inci dilengkapkan pada bahagian hadapan manakala roda 18 inci pula dilengkapkan pada bahagian belakang untuk kedua-dua motosikal 500X dan 350X. Harga bagi pasaran India telah ditetapkan pada 156,000 INR (kira-kira RM9,374) untuk model 350X, dan 198,000 INR (sekitar RM11,897) untuk model 500X.
Terdapat dua pilihan warna bagi setiap model; Getaway Orange dan Drifter Blue bagi model 500 dan Roving Red dan Whimsical White untuk varian 350. Buat masa ini, tiada sebarang berita sama ada ianya akan disediakan bagi pasaran luar India.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Royal Enfield Thunderbird X 2018 yang baru ini, TEKAN SINI.
Presiden Indonesia Kini Memiliki Sebuah Motosikal Buatan Khas Royal Enfield