Grand Prix Qatar Moto2 2018: Bagnaia Memenangi Perlumbaan Moto2

Francesco Bagnaia
  • Francesco Bagnaia berjaya menepis serangan Lorenzo Baldassari untuk memenangi perlumbaan Moto2 pertama bagi musim 2018.
  • Pemula dari Petak Pertama terpaksa akur dengan tempat ke-tiga setelah menghadapi masalah mekanikal pada breknya brek.
  • Selain daripada itu, tiada sebarang aksi yang mengujakan berlaku.

Sewaktu perlumbaan Moto2 yang pertama bagi musim ini mulai kelihatan seperti satu perlumbaan yang boleh dijangka kesudahannya, satu masalah mekanikal telahberjaya membuatkan perlumbaan ini lebih mengujakan.

Francesco Bagnaia, Lorenzo Baldassari, dan pemula dari Petak Pertama, Alex Marquez (adik kepada Marc Marquez), meluru laju membentuk kelompok hadapan dalam masa beberapa selekoh pertama dan penunggang yang lain jauh ketinggalan.

Bagnaia berjaya menjarakkan diri pada awalnya dan mula menunggang dengan halaju tinggi yang sekata, meningalkan Baldassari dan Marquez bertarung sesama mereka. Dan bagai yang telah dijangka, kedua-dua penunggang itu mula bertukar-tukar tempat, sehinggakan sebanyak tiga kali dalam satu pusingan sebelum Marquez berjaya mengungguli persaingan itu. Dia mula mengejar Bagnaia.

Alex Marquez

Dengan hanya beberapa pusingan sahaja yang tinggal, Marquez meluncur laju melepasi selekoh, membiarkan Baldassari memintasnya. Sejurus selepas itu kita mengetahui masalahnya; brek belakang Marquez merah menyala, menandakan yang ianya telah tersekat.

Baldassari kemudiannya mulai memburu Bagnaia, mengekorinya dengan rapat dan kemudiannya memintasnya bagi mendahului perlumbaan pada pusingan terakhir. Namun dia telah tersasar jauh sewaktu keluar dari selekoh dan Bagnaia memintasnya semula dan bertahan sehinggalah ke garisan penamatnya.

Lorenzo Baldassari

Marquez terus berdepan dengan masalah brek belakang yang tersekat dan bakal menjadi mangsa pintasan Mattia Pasini. Mujur sekali, masalah itu terhapus sama sekali dalam dua pusingan terakhir dan Marquez berjaya menjarakkan diri bagi mendapatkan tempat yang ketiga di atas podium.

Di belakangnya, Pasini menduduki tempat ke-empat, diikuti oleh para penunggang pasukan KTM, Miguel Oliviera dan Brad Binder. Serangan lewat KTM kerana kebolehan mengekalkan kualiti tayar belakang yang telah diwar-warkan itu gagal memunculkan dirinya pada kali ini.

Miguel Oliviera
Ked. Mata Penunggang Negara Pasukan Jentera Masa/Jarak
1 25 Francesco BAGNAIA ITA SKY Racing Team VR46 Kalex 40’19.802
2 20 Lorenzo BALDASSARRI ITA Pons HP40 Kalex +0.112
3 16 Alex MARQUEZ SPA EG 0,0 Marc VDS Kalex +5.625
4 13 Mattia PASINI ITA Italtrans Racing Team Kalex +6.657
5 11 Miguel OLIVEIRA POR Red Bull KTM Ajo KTM +10.296
6 10 Brad BINDER RSA Red Bull KTM Ajo KTM +10.344
7 9 Marcel SCHROTTER GER Dynavolt Intact GP Kalex +11.419
8 8 Xavi VIERGE SPA Dynavolt Intact GP Kalex +11.516
9 7 Luca MARINI ITA SKY Racing Team VR46 Kalex +20.690
10 6 Jorge NAVARRO SPA Federal Oil Gresini Moto2 Kalex +20.961

Sumber imej: MotoGP

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]