Edisi Terhad Indian Chieftain Elite 2018 Diperkenalkan – “Silver Surfer”

  • Motosikal edisi terhad Indian Chieftain Elite 2018 telah diperkenalkan bagi tahun 2018.
  • Skema warna perak yang serba baru adalah tarikan utama motosikal ini di mana setiap satu daripada motosikal ini telah dilukis tangan.
  • Motosikal bagger moden 1,811cc ini telah ditetapkan harganya di Amerika Syarikat pada harga $21,499 (kira-kira RM122,798).

 

Indian Motorcycles baru sahaja memperkenalkan motosikal terkini mereka dan secara ringkasnya, ianya merupakan sebuah mahakarya. Motosikal edisi terhad Indian Chieftain Elite 2018 ini datang dengan pelbagai kemaskini dan perincian yang baru namun ciri yang paling menonjol sekali sudah semestinya kemasan cat hasil kerja tangan berwarna perak yang mempersonakan.

Ya tuan-tuan dan puan-puan. Setiap satu daripada motosikal Chieftain Elite ini telah dilukis tangan dan Indian telah menyatakan bahawa ia mengambil masa selama 25 jam untuk disiapkan oleh pakar. Melihat dengan lebih teliti lagi skema warna istimewa ini, kemasan warna perak yang baru ini dilengkapkan dengan empingan perak bagi menyerlahkan lagi warnyanya, yang mana ianya diilhamkan dari lombong-lombong perak yang ada di Black Hills, South Dakota.

Selain daripada kemasan warnanya, Indian juga telah melengkapkannya dengan beberapa kemaskini tambahan bagi mempertingkatkan lagi tunggangan keseluruhan motosikal tersebut serta ergonomik penunggangannya. Perubahan ini termasuklah kawalan tangan yang lebih kecil bagi membantu tunggangan dan mengendalikan keseluruhan kuasa dan tork yang dihasilkan oleh enjin V-Twin Thunder Stroke® 111, 1,811cc-nya yang gergasi itu yang menghasilkan sejumlah 161Nm tork.

Motosikal bagger moden ini dilengkapi dengan segala-galanya yang anda perlukan bagi tunggangan merentasi negeri yang menakjubkan. Dengan ciri-ciri seperti penghadang angin berbutang automatik , roda hadapan 19 inci, beg pelana keras kuncian jauh, dan bermacam-macam lagi kelengkapan penggayaan premium, motosikal edisi terhad Chieftain Elite ini akan membawa anda ke mana sahaja dengan penuh bergaya.

Ia juga dilengkapi dengan sistem infotainmen Ride Command® terbaru, yang merupakan sistem boleh dikhususkan yang terbesar dan terpantas setakat ini untuk motosikal. Tarikan utama sistem ini adalah paparan skrin sesentuh 7 inci yang membolehkan penunggang untuk mencapai maklumat seperti navigasi, Bluetooth, serta sebarang maklumat motosikal lain yang diperlukan.

Ingin menjadikan motosikal Chieftain Elite ini lebih istimewa? Indian dengan berbesar hati telah menawarkan dengan beberapa kelengkapan pilihan tambahan bagi meningkatkan lagi prestasi serta praktikalitinya. Tingkatkan lagi kuasanya sebanyak 20% dengan “Thunder Stroke® 116 Stage 3 Big Bore Kit” atau tambah ruang simpanan anda dengan but bukaan pantas berwarna sedondon.

Bagi pasaran Amerika Syarikat, motosikal ini ditetapkan pada harga $31,499 (kira-kira RM122,798), yang mana ianya sama seperti model tahun lalu. Bagi pasaran Malaysia pula, diandaikan harganya akan lebih tinggi sedikit sekiranya ianya ditawarkan di sini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, TEKAN SINI.

Motosikal Indian Scout FTR1200 Custom Akan Dikeluarkan?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]