MotoGP: Pasukan Satelit Suzuki Bakal Tiba Pada Tahun 2019?

  • Suzuki telah merancang untuk mengendalikan sebuah pasukan satelit Suzuki dalam siri MotoGP bagi musim 2019.
  • Pelan mereka bagi 2019 adalah untuk menempatkan empat buah jentera Suzuki GSX-RR MotoGP di atas grid bagi mempercepatkan proses pembangunan dan kutipan data.
  • Pasukan persendirian seperti Tech3, Angel Nieto Team, Marc VDS dan Reale Avintia Racing bakal menukar jentera mereka bagi musim yang akan datang.

Terdapat satu berita yang sedang tersebar dalam dunia MotoGP mengatakan bahawa Suzuki sedang merancang untuk mengendalikan pasukan satelit bagi musim 2019. Pelan awal pengeluar dari Jepun itu untuk menempatkan empah buah jentera prototaip pada tahun ini terpaksa ditunda kerana kesukaran yang telah dialami pada musim lalu, namun, pada musim yang akan datang, ia mungkin sekali akan menjadi kenyataan.

Menurut pengurus pasukan Suzuki ECSTAR, Davide Brivo, “Objektif kami adalah untuk maju ke hadapan dengan pelan untuk sebuah pasukan satelit dalam tahun 2019. Ianya persoalan mendapatkan sumber yang diperlukan dalam struktur kami. Namun, kami tidak mempunyai banyak masa; kami perlu memutuskannya dalam beberapa bulan yang berikut, dengan lebih sedikit masa sebelum bermulanya musim tahun ini.”

“Anda juga perlu tahu apa keperluannya dari segi struktur: alat ganti, jurutera dan bermacam-macam lagi. Kami perlu menyediakan semua ini kerana buat masa ini apa yang kami ada hanyalah pasukan rasmi sahaja,” tambah Brivio lagi.

Brivio juga berasa amat yakin bahawa musim ini akan menjadi titik tolak bagi mereka dan memiliki pasukan satelit menjelang 2019 akan lebih banyak membantu mereka dalam ujian, pembangunan serta data litar keseluruhan bagi jentera Suzuki GSX-RR MotoGP mereka.

Ini adalah satu berita yang amat menarik sekali memandangkan baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan berita mengenai pasukan Monster Yamaha Tech3 yang telah mengumumkan bahawa mereka akan mengakhiri kerjasama mereka bersama Yamaha pada penghujung musim 2018. Tiada sebarang petanda lagi buat masa ini sama ada Suzuki akan menggantikan tempat Yamaha untuk pasukan tersebut, namun, prospek kehadiran sebuah pasukan Monster Suzuki Tech3 tampak amat mengujakan sekali.

Pasukan persendirian yang lain seperti Reale Avintia Racing dan Angel Nieto Team juga telah menunjukkan minat mereka dalam menukar jentera mereka di samping menunjuk minat kepada jentera keluaran Jepun seperti Yamaha. Kontrak Marc VDS bersama Honda juga akan berakhir pada 2018 dan setelah menghadapi satu musim yang sukar, mereka juga dikatakan ingin menukar jentera mereka bagi musim 2019 yang akan datang.

Terdapat pelbagai kemungkinan dan penyudah yang telah diutarakan namun, apa yang kami pasti adalah grid MotoGP bakal menjadi lebih menarik pada tahun-tahun yang mendatang. Ditambah pula dengan kehadiran wira harapan negara kita, Hafizh Syahrin, ianya masa yang sesuai untuk mengikuti perkembangan masa depan MotoGP.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini MotoGP

Sumber: MotoGP

Tech3 Akan Berpisah Dengan Yamaha Pada Tahun 2019

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]