Benelli TNT 135 LE 2018 Diperkenalkan – RM9,988!

  • Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. dengan secara rasminya telah memperkenalkan motosikal Benelli TNT 135 LE 2018.
  • Model edisi terhad ini didatangkan dengan lebih kurang 15 kemaskini estetik terbaru termasuklah sebuah pelitup ekzos karbon fiber.
  • Hanya 1,000 buah unit sahaja yang telah disediakan dengan harganya pada RM9,988 (harga asas beserta GST).

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., juga dikenali sebagai Benelli Malaysia dengan secara rasminya telah melancarkan motosikal Benelli TNT 135 LE 2018. Motosikal ‘mini bike’ yang teramat menyeronokkan ini adalah sebuah model edisi terhad di mana hanya 1,000 buah unit akan dikeluarkan untuk jualan kepada orang ramai.

Apakah keistimewaan motosikal mini ini yang berpewatakan motosikal besar? Motosikal Benelli TNT 135 LE 2018 ini dilengkapi dengan pengubahsuaian estetik yang menyegarkan, sesuai bagi generasi yang lebih muda. Secara keseluruhannya, terdapat lebih kurang 15 kelengkapan baru yang telah dipasangkan pada motosikal TNT 135 LE terbaru ini yang telah mempertingkatkan rupa paras motosikal ini ke satu tahap yang baru.

Di antara 15 kelengkapan baru yang terdapat di atas motosikal TNT 135 LE ini adalah cermin sisi baru, takungan brek hadapan, penutup minyak enjin, palang gandar, penutup penapis minyak, pelindung enjin, tempat letak kaki, bahagian perhiasan kerangka, kemasan grafik, stiker edisi terhad, pengangkat palang pemegang, tuil-tuil, dan, yang paling kami gemari, pelitup ekzos karbon fiber.

Dijana oleh enjin satu silinder 135cc yang sama seperti sebelum ini, motosikal Benelli TNT 135 2018 ini menghasilkan sehingga 13hp pada 9,000rpm dan 10.8Nm tork pada 7,000rpm. Keseluruhan kuasa yang telah dihasilkan oelh enjin yang patuh peraturan Euro4 itu dipacu ke roda belakang melalui kotak gear lima kelajuan.

Ciri-ciri menakjubkan yang lain termasuklah fork terbalik sebesar 41mm, sistem penyerap hentakan belakang lateral, cakera brek hadapan 220mm beserta angkup dwi omboh, cakera brek belakang 190mm dengan angkup satu omboh, serta roda aluminium.

https://youtu.be/Vxrm7P0gfEk

Motosikal Benelli TNT 135 LE 2018 ini akan disediakan dengan tanda harganya pada RM9,988 (harga asas beserta GST). Jika anda merancang untuk memiliki motosikal ini, bertindaklah dengan kadar yang segera kerana terdapat hanya 1,000 buah unit yang akan disediakan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kunjungilah mana-mana wakil pengedar sah Benelli yang ada di seluruh negara.

Pandu Uji – 2017 Benelli TnT 135 – Motor Mini Mania

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply