Isle of Man TT: Josh Brookes Kekal Bersama Norton Bagi Tahun 2018!

Sumber imej: Motorcyclist Online

 

  • Norton telah mengesahkan yang Josh Brookes akan meneruskan kerjaya perlumbaan jalan rayanya bersama mereka di Isle of Man TT 2018.
  • Pelumba motosikal superbike dari Australia berusia 34 tahun itu akan mengemudi jentera yang cukup terkenal, Norton V4 RR 1,200cc.
  • Perlumbaan Isle of Man TT 2018 akan bermula pada 26 Mei 2018 hingga 8 Jun 2018.

Sumber imej: MCN

Josh Brookes telah mengumumkan bahawa dia akan meneruskan kerjaya perlumbaan jalan rayanya bersama pasukan Norton bagi siri perlumbaan Isle of Man TT 2018. Ini adalah tahun keduanya bersama dengan pengeluar motosikal British tersebut. Pelumba motosikal superbike dari Australia berusia 34 tahun itu akan mengemudi jentera Norton V4 RR. Dia telah menduduki tangga ke-enam sewaktu perlumbaan Senior TT pada tahun lalu.

Sumber imej: Ultimate Motorcycling

Brookes kini sedang aktif bertanding dalam British Superbike Championship di mana dia telah menamatkannya di kedudukan yang ke-dua. Mengemudi motosikal Yamaha YZF-R1 bagi pasukan Anvil Hire TAG Yamaha, Brookes hanya berada tiga mata di belakang juara BSB 2017, Shane Bryne dari pasukan Be Wiser Ducati.

1,200cc Norton V4 RR

Untuk kali ini, Josh Brookes akan berusaha untuk meningkatkan lagi jentera Norton V4 RR tunggangannya itu ke tahap yang berikutnya, terutamanya dengan reraup karbon fibernya dan enjin V4 1,200cc yang menghasilkan lebih daripada 200hp dan 130Nm tork maksimum. Pasukan pengilang tersebut tampak penuh dengan azam untuk mencatatkan kemenangan TT bagi tahun 2018 di mana mereka telah telah melebihi kelajuan purata 130bsj (209km/j) di ‘Mountain Course’ yang cukup tersohor.

https://youtu.be/yQJcIUrsC9M

Menurut Brookes, “Motosikal ini sudah pasti berkemampuan untuk berada di atas podium. Malah, dengan penunggang yang lebih berpengalaman di atas pada tahun lalu saya rasa ianya boleh berada di atas podium. Bagi saya, untuk berada dalam kelab 130bj tanpa mengambil terlalu banyak risiko dan masih belum mengetahui selok belok litar dengan cukup baik dan kembali semula setelah rehat selama dua tahun, saya berasa cukup gembira, namun, dengan penunggang yang tepat, ianya mampu meduduki podium, jadi, dengan lebih banyak peningkatan saya rasa tanpa syak lagi ianya mampu mencabar kelompok teratas.”

Sumber imej: Ultimate Motorcycling

Tiada lagi berita tentang siapakah penunggang kedua pasukan tersebut namun telah ada desas desus yang mereka ingin membawa masuk John McGuinness, atau lebih dikenali dengan gelaran “King of the Mountain”. Seperti yang telah kita ketahui, McGuinness telah mengumumkan yang dia telah berpisah dengan pasukan Honda.

Sumber imej: Stephen Davison

Tekan pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.

SAH: John McGuinness TIDAK LAGI BERSAMA Honda Racing

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply