MotoGP: Movistar Yamaha lancarkan Yamaha M1 2018; Vinales Kekal Sehingga Tahun 2020

 

  • Pasukan Movistar Yamaha MotoGP telah memperkenalkan jentera perlumbaan terkini mereka, Yamaha M1 2018.
  • Motosikal bagi tahun 2018 ini berdasarkan kepada casis yang telah digunakan pada tahun 2016 yang lalu dengan bersama dengan kelengkapan serba baru yang dirancang untuk digunakan ketika ujian musim sejuk di Sepang.
  • Maverick Viñales juga turut mengumumkan bahawa dia akan meneruskan kerjaya perlumbaannya bersama Yamaha sehingga penghujung tahun 2020.

Pasukan Movistar Yamaha MotoGP telah secara rasminya melancarkan jentera perlumbaan mereka, Yamaha M1 2018, untuk bersaing pada musim MotoGP yang bakal tiba. Diperkenalkan dengan kemasan grafik berwarna biru dan putih yang serba baru, motosikal Yamaha M1 218 ini tampak baru dengan casis yang berdasarkan jentera 2016 mereka, seperti mana yang telah digunakan oleh Johann Zarco dan Jonas Folger dari pasukan Monster Yamaha Tech 3 pada musim yang lalu.

Pasukan pengilang Yamaha telah bergelut untuk kekal berdaya saing selepas sepertiga pertama musim di mana persaingan secara amnya adalah di antara Ducti Team, Repsol Honda, serta kadang kala diselit dengan penampilan Johann Zarco. Ini membuktikan bahawa jentera 2017 mereka tidak berkesan dalam perlumbaan terutamanya casis mereka.

Menjelang ujian musim sejuk Sepang yang bakal berlangsung pada hari Ahad ini, Yamaha ingin membangunkan jentera M1 secara ekstensif berdasarkan casis 2016 mereka. Berdasarkan kajian yang telah dibuat pada bulan November, pasukan ini perlu menggunakan segala pengetahuan mereka ke atas jentera bagi bersaing dengan pasukan lain pada tahun 2018, terutamanya dengan Ducati di mana mereka telah mendedahkan jentera Ducati Desmosedici GP18 mereka mempunyai lebih keluaran kuasa.

Yamaha juga turut mengumumkan bahawa penunggang kelahiran Sepanyol mereka, Maverick Viñales akan terus berlumba dengan mereka sehingga penghujung tahun 2020. Ianya telah diketahui apabila penunggang berusia 23 tahun dari Figueres, Sepanyol itu menandatangani kontrak dua tahun yang baru bagi tahun 2019 dan 2020. Tiada sebarang berita lagi tentang masa hadapan Rossi dengan Yamaha dan MotoGP selepas tahun 2018 di mana kontraknya dan ramai lagi akan tamat.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya di mana kami akan membawa sebarang perkembangan berkaitan dengan ujian musim sejuk Sepang pada hari Ahad yang akan datang sehingga hari Selasa.

Sumber imej: MotoGP

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply