Bateri Motosikal : Bagaimana Ia Berfungsi (Bahagian 1)

  • Motosikal moden tidak boleh hidup tanpa bateri.
  • Teknologinya telah berkembang maju dari tahun ke setahun.
  • Mengetahui bagaimana ia berfungsi adalah sama penting seperti mengetahui cara memilihnya dan penyelenggaraanya.

Pernah pada suatu ketika dahulu, motosikal tidak memerlukan bateri untuk dihidupkan, sebaliknya bergantung kepada sistem pencucuhan ‘points and condenser’, tetapi kini bateri telah semakin maju bagi membekalkan kuasa untuk penghidup enjin, sistem pencahayaan, pencucuhan elektronik (ECU) serta gegelung, bantuan menunggang, dan pelbagai lagi sistem dan aksesori elektrikal dan elektronik.

Baterilah yang menjana ke semua sistem tersebut sewaktu motosikal dihidupkan dan apabila sistem pengecasan motosikal tidak mampu menghasilkan kuasa yang mencukupi, contohnya ketika motosikal melahu dengan lama sewaktu berada di lampu trafik.

Selain itu, bateri juga diperlukan bagi melindungi segala kelengkapan elektrikal dan elektronik yang sensitif dengan menyerap pusuan dan lonjakan voltan.

PENGOPERASIAN ASAS SEBUAH BATERI

Apakah sebenar yang dikatakan sebagai sebuah bateri ini? Secara ringkasnya, ianya adalah sebuah peranti elektrokimia yang mengubah tenaga kimia kepada tenaga elektrik.

Sebuah bateri 12 voltan (V) asas terdiri daripada:

1. Enam sel yang secara amnya menghasilkan 2 voltan setiap satu (bergantung pada jenis sel), menghasilkan di antara 12.0 hingga 13.2 volt, secara keseluruhan.
2. Setiap sel terdiri daripada plet plumbum bercas positif dan negatif yang diselang-selikan. Lebih banyak plet pada suatu sel, lebih banyak arus (aliran elektrik – Ampere) dan kapasiti tenaga (ampere-jam – AH).
3. Penebat yang diletakkan di antara setiap sel.
4. Sel-sel tersebut kemudiannya dihubungkan sesama mereka.
5. Elektrolit (lebih dikenali sebagai asid bateri) yang merupakan asid sulfurik dan larutan air suling, ditambah bagi membanjiri plet berkenaan.
6. Plet plumbum bertindak balas secara kimia terhadap asid sulfurik, plumbum sulfat, manakala asid tersebut berubah menjadi air yang kemudiannya diceraikan kepada hidrogen dan oksigen.
7. Tindak balas kimia berkenaan membebaskan elektron dari plet negatif. Elektron-elektron tersebut (yang bercas negatif) akan mengalir ke komponen-komponen yang sepatutnya dan kembali ke terminal dan plet positif bateri tersebut. Inilah yang telah disebutkan sebagai arus elektrik.
8. Elektrolit tersebut lambat laun akan menjadi lebih lemah melalui penggunaan elektrik atau nyah-cas
9. Pengecasan memterbalikkan proses kimia ini.

JENIS-JENIS BATERI

1. SEL BASAH

Juga dikenali sebagai bateri sel asid plumbum banjir, ianya telah dicipta pada tahun 1859. Seperti namanya itu, sel-selnya telah ditenggelami dengan elektrolit dan perlu diperiksa dan ditambah dari masa ke semasa seperti yang diperlukan, lebih-lebih lagi dalam cuaca kita yang panas membahang ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apabila disimpan dalam keadaan bernyah-cas, molekul asid yang lebih berat akan tenggelam ke dasar bateri, menyebabkan elektrolik bersusun lapis (mengasingkan lapisan air dan asid). Apabila bateri digunakan kembali, kebanyakan dari arusnya akan hanya mengalir di sekitar kawasan ini, menghauskan bahagian bawah plet.

Lambat laun ianya tidak boleh digunakan lagi.

Berkeadaan penuh dengan cecair juga memerlukan bateri ini ditetapkan pada posisi menegak bagi mengelakkan tumpahan. Walaupun ianya secara perlahan-lahan dihentikan sebagai kelengkapan OEM pada motosikal, ianya masih lagi mudah didapati kerana kos rendahnya.

2. LAPIK KACA TERSERAP (AGM)

Bateri AGM adalah kelengkapan OEM paling kerap digunakan pada masa ini, selalunya dikeluarkan oleh Yuasa bagi pasaran kita.

Jika anda pernah menggantikan bateri OEM anda kepada jenis ‘bebas penyelenggaraan’ yang lain, lebih-lebih jika ianya dari jenama Yuasa atau pun Koyoko, ianya mungkin sekali sebuah bateri AGM.

Bagi bateri jenis AGM, elektrolitnya diserap oleh sebuah lapik serat kaca yang terletak di antara dua sel. Lapik tersebut mengurangkan penyejatan dengan banyak dan oleh kerana itu ianya tidak perlukan isian semula. Elektrolitnya menjadi bahan pemisah, membolehkan plet untuk termampat bersama, menambahkan kepadatan tenaga berbanding dengan sel basah atau bateri gel.

Bagi mengurangkan tekanan gas di dalam perumahnya kerana dicas berlebihan atau nyah cas, bateri AGM ini disertakan dengan injap keluar satu hala. Kerana ciri ini, bateri AGM tergolong dalam satu kumpulan dinamakan rekaan “valve regulated lead-acid” (VRLA).

Satu lagi kelebihan lapiknya itu adalah elektrolitnya tidaklah berkocak di dalamnya atau pun bersusun lapis seperti pada sel basah, membolehkan bateri dipaut dalam pelbagai posisi berbeza.

Bateri AGM boleh dikatakan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek kerana ia mempunyai kandungan asid lebih tinggi bagi menambahkan voltan sedia ada dan mengurangkan kadar kehilangan air. Sekiranya bateri anda menunjukkan lebih daripada 12.56V ketika litar terbuka (bateri tidak disambungkan kepada apa-apa di atas motosikal), ianya bermakna ianya mengandungi lebih banyak kandungan asid. Walaupun ianya masih normal untuk jenis AGM, ia mungkin tidak akan tahan lama.

3. BATERI GEL

Bateri gel atau juga dikenali sebagai sel gel, adalah sebuah bateri VRLA yang menggunakan elektrolit yang digelkan. Asid sulfurik yang dicampur dengan ‘fumed silica’, menghasilkan jisim padat ala gel.

Dan oleh kerana ianya tidak bercecair, ia tidak perlu diletakkan secara menegak, penyejatan elektrolitnya dikurangkan, tiada sebarang masalah hakisan atau tumpahan. Selain itu, ia lebih tahan hentakan dan gegaran.

4. BATERI LITIUM-ION

Bateri Li-Ion adalah kegilaan masa kini, walaupun ianya belum dilengkapkan pada kebanyakan kenderaan kerana kosnya yang tinggi. Bagi menerangkan fungsi bateri Li-Ion ini memerlukan artikelnya sendiri!

Sebagai ringkasannya, kelebihan bateri Li-Ion berbanding dengan jenis VRLA adalah pengurangan berat yang ketara dan tekanan engkolan yang lebih baik (CCA – Cold Cranking Ampere). Tekanan engkolan melambangkan berapa banyak tenaga yang sedia ada bagi mengengkol enjin, selain daripada menyokong segala sistem serta aksesori elektrikal dan elektronik.

Kelemahan bateri Li-Ion?

Bateri Li-Ion yang dinyah-cas tidak dapat dihidupkan kembali, tidak seperti bateri VRLA. Tambahan pula, anda perlu menggunakan pengecas yang bersesuaian dengan bateri Li-Ion, tetapi pengecas tesebut mungkin boleh digunakan untuk mengecas bateri VRLA.

Setakat ini sahaja bagi bahagian 1. Kami akan meliputi subjek penyelenggaraan pada edisi akan datang.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply