Triumph Motorcycles Menyaksikan Peningkatan Jualan Pada Tahun 2017 -Lebih Daripada 63,000 Unit Terjual!

  • Bagi tahun 2017, Triumph Motorcycles telah menjual lebih daripada 63,000 motosikal mereka melalui pengedar mereka di seluruh dunia.
  • Sebanyak 63,404 unit telah terjual yang mana ianya mendatangkan hasil jualan sebanyak £498.5 juta (RM2.7 Billion).
  • Triumph meraih keuntungan sebanyak £24.7 juta (RM134 juta), iaitu peningkatan sebanyak 48% dari peningkatan jualan sebanyak 22% di seluruh dunia.

Dengan keadaan pasaran motosikal semasa dunia yang sering dalam keadaan naik turun ini, Triumph Motorcycles dengan bangganya telah mengumumkan bahawa mereka telah merekodkan peningkatan dalam jualan bagi tahun 2017 meskipun dengan keadaan ekonomi semasa yang menyaksikan sesetengah pengeluar yang lain mengalami penurunan yang ketara.

Berdasarkan perkiraan yang dibuat mereka berkaitan dengan jumlah unit yang telah terjual di seluruh dunia dari bulan Julai 2016 hingga Julai 2017, lebih daripada 63,000 unit motosikal Triumph telah dibeli dari pengedar mereka di seluruh dunia (jumlah tepatnya adalah 63,404). Ianya telah meraih hasil jualan sebanyak £498.5 juta yang mana ianya sekitar RM2.7 billion!

Daripada jumlah itu, Triumph telah meraih keuntungan sebanyak £24.7 juta (sebelum cukai) yang mana ianya berjumlah kira-kira RM134 juta. Ini bermakna Triumph mempunyai peningkatan jualan keseluruhan sebanyak 12.7% berbanding dengan tahun kewangan sebelumnya. Ianya satu jumlah yang cukup memberangsangkan, di mana peningkatannya adalah sebanyak 48% atas jasa hasil jualan sebanyak 22%.

Walaupun ada yang akan mengatakan bahawa jumlah £24.7 juta (RM134 juta) adalah satu jumlah yang agak kecil bagi industri pengeluaran motosikal, tetapi, kebolehan Triumph menghasilkan peningkatan jumlah telah menunjukkan bahawa mereka dalam keadaan yang amat baik sewaktu pengeluar yang lain mengalami penurunan yang ketara di dalam keadaan ekonomi semasa.

Dengan rangkaian motosikal moden klasik semasa mereka kini telah membina lebih banyak momentum bersama dengan beberapa buah model yang TERAMATLAH cantik seperti Triumph Bonneville Bobber dan motosikal jalan raya Street Triple 765, kami mengandaikan yang jumlahnya itu pasti akan terus meningkat dengan lebih tinggi, terutamanya dalam dua tahun seterusnya apabila mereka mula membekalkan enjin tiga selari 765cc mereka (yang juga digunakan pada siri motosikal Street Triple 765 semasa mereka) dalam siri perlumbaan Moto2.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jentera prototaip Moto2 765cc buatan Triumph, TEKAN SINI.

Apa yang kami tahu buat masa ini adalah untuk menunggu dengan sabar untuk kemunculan motosikal Triumph Daytona 765. Ianya pasti akan mengemparkan lagi dunia permotosikalan pada masa yang akan datang.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]