MV Agusta Membeli Semula Saham Dari Mercedes AMG

 

  • Dengan pelaburan ekuiti dari ComSar, MV Agusta telah membeli semula 25% saham yang dipegang oleh Mercedes AMG.
  • Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta, Giovanni Castiglioni mengumumkan bahawa syarikat barkenaan mempunyai aliran tunai positif.
  • MV Agusta baru sahaja mengumumkan pelbagai motosikal baru di Pertunjukan EICMA 2017.

Dalam helaian terkini sejarah MV Agusta yang berbelit-belit itu, pengeluar motosikal premium dari Itali berkenaan telah membeli semula 25% pegangan saham yang dipegang oleh Mercedes AMG. Namun, bergantung kepada siapa yang anda tanya, ada juga yang mengatakan Mercedes AMG sendiri yang ingin menjual saham-saham berkenaan.

MV telah ditubuhkan pada tahun 1945 dan dihidupkan kembali oleh Cagiva Group pada tahun 1997. Dengan pemerolehan semula ini, MV Agusta kini adalah milik penuh MV Agusta Holding Company, yang mana ianya milik bersama dengan ComSar Invest.

Episod terbaru ini adalah salah satu episod dalam sejarah mereka. Seperti yang telah disebut di atas, jenama terkemuka itu pada mulanya dibeli oleh Cagiva, sebelum ianya dijual kepada Proton pada tahun 2004. Pemilikannya bertukar tangan lagi apabila Proton menjualnya ke sebuah syarikat pembiayaan Switzerland. Jenama Husqvarna (yang telah disatukan dengan MV Agusta oleh Cagiva Group) telah dijual kepada BMW (yang kemudiannya menjual jenama berkenaan kepada KTM). Apabila Harley-Davidson memperoleh jenama ini, telah muncul harapan lahirnya motosikal Harley yang ‘sporty’ seperti motosikal cruiser MV. Tetapi ianya tidak kesampaian apabila syarikat berkenaan menjualnya kepada MV Agusta Holding yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Claudio Castiglioni.

Mercedes AMG turut serta pada tahun 2014 dengan perolehan 25 peratus pegangan syarikat. Pemerhati industri menyifatkannya sebagai jawapan Mercedes buat syarikat automotif Jerman yang lain yang mempunyai perusahaan motosikal mereka sendiri, seperti Audi yang memiliki Ducati dan BMW dengan divisyen Motorradnya.

Pada tahun lalu, pengeluar dari Itali berkenaan mengumumkan yang mereka memerlukan perlindungan daripada pemiutang, yang mana ianya telah mengejutkan para pemilik serta penggemar MV. Ianya juga telah dilaporkan yang Mercedes AMG tidak dapat melihat sebarang manfaat untuk melaburkan lagi wang ke dalam usahasama ini.

Namun pada bulan Julai yang lalu, Castiglioni telah mengumumkan yang MV akan menerima pelaburan ekuiti dari ComSar Invest, yang didokong oleh Black Ocean Group, milik billionair Russia, Timur Sardarov.

Pelan pelaburan ini menyaksikan MV Agusta Motor Holding memperoleh 100% milikan MV Agusta S.p.A. yang bertumpu kepada pengeluaran motosikal. Jabatan perlumbaan RC (Reparto Corse) dan CRC (Castiglioni Research Centre – Pusat Penyelidikan Castiglioni) adalah entiti yang berasingan.

Dan dengan ini, GC Holding (syarikat induk milik Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta, Giovanni Catiglioni) memiliki pegangan majoroti dalam MV Agusta Motor Holding, manakala ComSar Invest mempunyai pegangan minoriti yang kukuh.

Dengan pengunduran Mercedes AMG itu, MV telah mengumumkan bahawa mereka kini dapat menumpukan perhatian pada pembangunan motosikal baru yang mengujakan, termasuklah motosikal empat silinder yang baru, selain daripada pelbagai model-model terkini yang telah diperkenalkan sewaktu Pertunjukan EICMA baru-baru ini. Walau apa pun yang terjadi, sekurang-kurangnya masih ada motosikal yang masih dihasilkan oleh kilang pengeluaran mereka.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]