WorldSBK 2018: Jake Gagne Sertai Red Bull Honda Bersama Leon Camier

 

  • Pasukan Red Bull Honda World Superbike Team telah mengumumkan yang penunggang dari Amerika Syarikat, Jake Gagne, bakal menjadi penunggang kedua mereka.
  • Gagne telah menyertai beberapa perlumbaan tahun ini sebagai peserta ‘wildcard’ selepas kehilangan tragis seorang penungggang yang disayangi ramai, Nicky Hayden.
  • Jake Gagne akan bersaing bersama seorang lagi penunggang baru bagi pasukan Red Bull, Leon Camier.

Selepas beberapa penyertaan sebagai peserta ‘wildcard’ untuk pasukan pengilang Honda dalam WorldSBK musim lalu, Jake Gagne akhirnya telah mendapat peluang untuk berlumba sepenuh masa. Penunggang berusia 25 tahun dari California, Amerika Syarikat itu akan berlumba bagi pasukan Red Bull Honda bersama dengan Juara British Superbike sebanyak dua kali, Leon Camier.

Selepas kehilangan yang tragis Juara Dunia MotoGP serta penunggang yang disayangi ramai, Nicky Hayden, Jake Gagne merupakan orang yang pertama dipanggil oleh Honda untuk mengisi tempatnya. Pada bulan Jun yang lalu, Gagne telah mengemudi jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 dan berlumba di litar ikonik Laguna Seca.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pemergian tragis Nicky Hayden, TEKAN SINI.

Penunggang berusia 24 tahun itu telah aktif dalam kejohanan MotoAmerica pada tahun ini di atas jentera Honda jadi penyertaannya itu beserta dengan pengalaman dalam FIM World Superbike Championship telah membuahkan hasil buat penunggang muda dari Amerika Syarikat itu. Gagne juga telah dinobatkan sebagai juara bagi kedua-dua Red Bull Rookies Cup serta AMA Superstock 1000.

Jake Gagne (Sumber imej: MotoAmerica)

Ianya akan menjadi cabaran terbesar buat Gagne kerana pasukan Red Bull Honda sedang menghadapi masalah dalam mencari aturcara yang terbaik untuk jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 mereka yang mencabar itu. Walaupun dengan bantuan penunggang yang hebat seperti Stefan Bradl, mereka masih belum dapat menyelesaikan teka teki itu.

Bagi tahun 2018, pasukan pengilang WorldSBK Honda berasa optimis kerana Gagne akan ditemani oleh seorang lagi penungggang berpengalaman iaitu Leon Camier. Ianya sudah pasti menjadi satu tugas yang mencabar memandangkan pesaing mereka dari Kawasaki dan Ducati yang secara jelas sekali telah mendominasi grid sewaktu keseluruhan musim 2017.

Leon Camier

Menurut Gagne sendiri, “Ianya bagai satu mimpi menjadi kenyataan untuk mempunyai sebuah peluang bertanding dalam satu musim penuh WorldSBK dengan Red Bull Honda World Superbike Team,” ujar Gagne, “Saya amat berterima kasih kepada Red Bull, Honda, dan Ten Kate kerana memberikan peluang untuk berlumba di atas jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 sebanyak tiga pusingan dalam tahun ini.”

“Tahun 2018 akan menjadi satu tahun yang mengujakan bagi saya, dengan pelbagai perjalanan dan berlumba di sebahagian daripada litar terbaik di seluruh dunia. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di atas peluang keemasan ini, dan saya rasa yang saya sudah bersedia untuk cabaran yang akan datang!”

Adakah keadaan akan berubah buat Honda pada musim hadapan? Hanya masa yang boleh menentukannya. Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini dunia permotoran.

Sumber: WorldSBK

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]